Selamat Datang Ke Laman Blog Wanangseri. Anda dialu-alukan untuk memberi pandangan dan pendapat kepada penulisan dalam blog ini

Jumaat, 26 Disember 2008

"HUDUD" : ANTARA AYAM DAN MUSANG !!

Melalui Naib Presidenya Datuk Husam Musa PAS (Parti Angguk Saja) berjanji akan melaksanakan "HUDUD" jika Pakatan Pembangkang memerintah negara mengantikan BN kelak. Apakah hak PAS untuk bercakap begitu, bagi pihak geng-geng dalam Pakatan Pembangkang sedangkan DAP dan PKR tidak pernah memberi mandat untuk PAS melakukanya?
"Perkahwinan muta'ah" antara PAS dengan DAP khususnya dan PKR hanyalah satu pakatan bertujuan setakat untuk meruntuhkan Kerajaan BN yang dianggap musuh bersama saja . PAS, DAP dan PKR masing-masing dengan agendanya tersendiri dan ingin menipu antara satu sama lain.
Kalaupun pakatan mereka berjaya menjatuhkan BN, pastinya ketiga-tiga parti ini akan berkecamuk dan berbunuh-bunuhan di atas tapak runtuhan BN kerana mereka tidak mungkin ada pelan bangunan yang tidak sekata. Masing-masing akan menegak parti masing-masing atau PAS terpaksalah beralah sebagai "PARTI ANGGUK SAJA"
PAS dengan HUDUDnya, DAP dengan Malaysian Malaysianya dan PKR hanya mahu Anwar jadi PM. Maka, jadilah mereka semacam orang yang cuba tidur sebilik tetapi sebenarnya tidak tidurpun kerana masing-masing hanya menunggu peluang untuk meracun atau membunuh sesama sendiri.
Pelik, PAS kononnya ingin memartabatkan "HUDUD" tetapi bersekongkol pula dengan DAP (DAPAT AKU PERKOSA ) yang telah bertekad untuk menghalang cita-cita PAS itu dengan apa cara sekalipun. Sukar untuk mempercayai "AYAM BOLEH DUDUK SEREBAN DENGAN MUSANG" atau sekadar SIMUSANG CUBA BERBULU AYAM UNTUK MEMANGSAKAN SI AYAM SAJA"

Rabu, 17 Disember 2008

KEBANGSAAN TAPI TIDAK NASIONAL

Bila Kerajaan Perak dan Kedah menolak penggunaan KERETA NASIONAL (KEBANGSAAN) sebagai kereta rasmi kerajaan, timbul dibenak fikiran Wanangseri sejauh mana penerimaan dan penghayatan sesetengah rakyat negara ini terhadap erti KEBANGSAAN.
Elemen-elemen yang diberikan "title" KEBANGSAAN seperti LAGU KEBANGSAAN, BAHASA KEBANGSAAN , SEKOLAH KEBANGSAAN, KEBUDAYAAN KEBANGSAAN, BUNGA KEBANGSAAN, PAKAIAN KEBANGSAAN dan termasuk juga KERETA KEBANGSAAN tidak lagi mempunyai nilai patriotik tetapi sesuatu yang diremehkan saja.

Menjelangkan kemerdekaan negara, pemimpin terdahulu dari pelbagai kaum menyedari bahawa Tanah Melayu ( Malaysia) mesti mempunyai satu identiti yang bercorak KEBANGSAAN bagi menimbulkan semangat kesepunyaan dan kekitaan dalam patriotisme yang menyeluruh sebagai BANGSA MALAYSIA yang satu.

Oleh itu kata sepakat telah dicapai bahawa identiti KEBANGSAAN haruslah berteraskan corak dan budaya tempatan (Nusantara dan Islam) dengan unsur-unsur budaya luar (ibunda) boleh diasimilasikan. Namun amat malang kini pengorbanan Orang Melayu yang merelakan budaya mereka "dikebangsaankan" untuk dikongsi bersama telah dilihat oleh rakan-rakan Bukan Melayu sebagai ancaman kepada mereka pula.

Bagi Bukan Melayu tiada erti "KEBANGSAAN"!, kerana kebangsaan itu hanya untuk orang Melayu semata-mata. Mungkinkah penerimaan Orang-orang Bukan Melayu terhadap elemen KEBANGSAAN ini dahulu lebih terdorong untuk menghalalkan bagi mendapat taraf kerakyatan sahaja? Setelah semuanya mereka miliki, maka generasi muda mereka sudah lupa daratan dengan setiap apa yang dikatakan "KEBANGSAAN" malah terus mempertikaikannya.

Wanangseri melihat cita-cita untuk melahirkan sebuah negara yang berteraskan satu identiti KEBANGSAAN MALAYSIA semakin jauh dari kenyataan. Sebaliknya sikap perkauman semakin menebal dan membiak.


Sebagai renungan untuk kita menilai:-

1. SEKOLAH KEBANGSAAN: terus dimomokkan sebagai Sekolah Melayu dan untuk Orang Melayu. Sistem Pendidikan satu aliran yang hanya menggunakan BAHASA KEBANGSAAN terus mendapat tentangan seolah-olah status KEBANGSAAN hanya terpakai untuk SEKOLAH KEBANGSAAN ( yang dakwa sebagai SEKOLAH MELAYU ) sedangkan SJKC dan SJKT tetap mempertahankan unsur perkauman dengan terus menggunakan bahasa ibunda yang membawa implikasi bahawa bahasa BAHASA MELAYU SEBAGAI BAHASA KEBANGSAAN sudah tidak bersifat NASIONAL lagi!!!

2. LAGU KEBANGSAAN : masih ada kalangan rakyat yang sanggup mempersenda-sendanya. Malah tidak memeranjatkan masih ramai kalangan rakyat Malaysia tidak tahu menyanyikan atau tidak tahu langsung bahawa"Lagu Negaraku" adalah" LAGU KEBANGSAAN !!. "Lagu Negaraku" hanya layak berkumandang ketika perhimpunan rasmi sekolah atau majlis rasmi kerajaan, atau ketika merayakan kemenangan diacara-acara sukan saja. Selepas itu ia dilupakan lebih-lebih lagi jika seseorang itu telah meninggalkan alam persekolahan atau tidak terlibat lagi dengan maljis rasmi kerajaan. Apa erti status "KEBANGSAAN" jika ianya gagal dimasyarakatkan?

3. PAKAIAN KEBANGSAAN hanya diwajidkan kepada orang Melayu memakainya seperti di Persidangan Parlimen, DUN atau ketika menerima Pingat Kebesaran Negeri atau Negara Sedangkan Orang Bukan Melayu diberi pilihan untuk dikecualikan dari berpakaian kebangsaan!. Apakah itu maknanya "PAKAIAN KEBANGSAAN" jika Orang Melayu sahaja yang terikat dengan "PAKAIAN KEBANGSAAN" manakala Bukan Melayu TIDAK TERTAKLUK untuk memakainya?

4. "Bunga Raya" adalah "BUNGA KEBANGSAAN" . Namun setakat mana kedudukannya yang boleh mengambarkan ianya "BUNGA KEBANGSAAN" ? Mana dia acara atau program yang dianjurkan oleh kerajaan atau lain-lain yang memperlihatkan pengiktirafan Bunga Raya sebagai BUNGA KEBANGSAAN? Justeru taraf BUNGA RAYA SEBAGAI BUNGA KEBANGSAAN tidak disedari langsung oleh kebanyakan rakyat Malaysia.

5. "Budaya Setempat" yang berasaskan Kebudayaan Serantau Nusantara Melayu telah dipersetujui dijadikan teras kepada BUDAYA KEBANGSAAN tetapi hakikatnya sejauh mana ianya direalisasikan. Apa yang dikatakan "BUDAYA KEBANGSAAN" itu hanya diperjuangkan oleh Orang Melayu sahaja sedangkan Orang Bukan Melayu terus menonjolkan budaya ibunda masing-masing yang cuba disama tarafkan sebagai BUDAYA KEBANGSAAN. Maka jadi budaya Malaysia sebagai rojak yang sudah hilang rasa kenusantaraanya.

6. BAHASA MELAYU sebagai BAHASA KEBANGSAAN hanya diatas kertas sahaja (hanya termaktub dalam Perlembagaan Negara). Hakikatnya hari ini ia sekadar "Bahasa Pasar" yang digunakan orang Melayu sahaja atau media komunikasi antara Orang Melayu dengan Bukan Melayu di peringkat bawahan sahaja. Perjuangan untuk mendaulatkan BAHASA KEBANGSAAN sebagai Bahasa Pengantar atau Bahasa Ilmu sudah semakin diremehkan dan tidak hairan jika ada pihak-pihak tertentu yang mempertikaikan kemampuannya.

Maka tujuan mewujudkan beberapa elemen sebagai bertaraf "Kebangsaan" sebagai alat penyatuan, menimbulkan rasa kekitaan dan kesetiaan kepada seluruh rakyat Malaysia sebagai satu bangsa yang mempunyai satu identiti kebangsaan dalam kepelbagai budaya ternyata semakin berliku-liku.Ini kerana sikap prejudis kaum-kaum minoriti yang hanya ingin menonjolkan budaya dan identiti masing-masing sehingga menenggelamkan budaya asal setempat yang telah dipersetujui sebelum ini sebagai teras kepada pembinaan Bangsa Malaysia.


Wanangseri berpendapat Kerjaaan perlu bertegas untuk membuat sesuatu bagi mengiktiraf dan memulihkan semula "STATUS KEBANGSAAN" yang diberikan kepada elemen-elemen tersebut agar ianya tidak dipersenda-sendakan. Dokongan oleh semua pihak sama ada Orang Melayu , Bukan Melayu dan Ngo-ngo harus senada dalam mencari titik persamaan demi sebuah negara KEBANGSAAN MALAYSIA yang bersatupadu dan harmoni berteraskan satu identiti menjadi realiti.

Wanangseri: "BELAYAR BERNAKHODA, BERJALAN DENGAN YANG TUA, BERKATA DENGAN YANG PANDAI"

Khamis, 4 Disember 2008

BUKAN MELAYU EGO MELAMPAU

Tidak sukar untuk meramalkan apa respon dari Bukan Melayu terhadap cadangan untuk mewujudkan satu sistem pendidikan di negara ini melainkan ditentang dengan 1000 alasan.

Ini kerana bagi Bukan Melayu tiada erti "KEBANGSAAN'' kerana kebangsaan itu akan dikaitkan dengan Melayu sahaja.

Sebab itu mereka tidak pernah mengiktiraf Sekolah Aliran Kebangsaan itu sebagai sesuatu yang bersifat nasional malah sekolah aliran kebangsaan dilebel sebagai sekolah aliran Melayu untuk orang Melayu semata-mata.

Bukan Melayu telah cuba memesongkan sejarah dengan menyatakan sekolah vernakular yang lahir di zaman penjajah seperti SJKC , SJKT dan Sekolah Melayu terus subur tanpa menjejaskan perpaduan negara. Namun kita semua sedar bahawa inilah antara metodologi penjajah untuk memecahkan masyarakat pelbagai kaum melalui Dasar Pecah dan Perintah mereka.

Kita menjadi pelik dengan dakwaan bahawa perlaksanaan sekolah satu aliran yang mengunakan "BAHASA KEBANGSAAN" berbaur perkauman sedangkan SJK(C) dan SJK (T) yang masih mengekalkan perkataan "CINA" dan SJK (T) yang masih menggunakan perkataan Tamil
ternyata terserlah benar unsur-unsur perkaumannya.
Perkataan Melayu sudah hilang dalam sistem pendidikan negara, yang ada hanya "SEKOLAH KEBANGSAAN BUKANNYA SEKOLAH MELAYU" Jadi di mana logiknya dakwaan cadangan melaksanakan sistem aliran kebangsaan itu berbaur perkauman? Tidakkah tindakan untuk terus mempertahankan SJK(C) dan SJK(T) itu sebenarnya perkuaman????

Kini mana ada lagi Sekolah Melayu tapi sekolah yang tercatat perkataan "Cina dan Tamil"masih segar hidup dalam sistem pendidikan kita. Maknanya sekolah vernakular Cina dan Tamil tetap terpelihara sedangkan Sekolah Melayu hanya tinggal sebagai bahan sejarah sahaja.

Orang Melayu sekali lagi merelakan hak mereka dikongsi bersama seperti relanya orang Melayu berkongsi kuasa dengan meletakkan hak mereka bertaraf "KEBANGSAAN" untuk dinikmati bersama oleh seluruh rakyat Malaysia tanpa mengira kaum. Ternyata bukan Melayu tidak pernah menghormati akan pengorbanan orang Melayu apa lagi untuk bersyukur.

Dakwaan kononnya perlaksanaan pendidikan satu sistem ini bertentangan dengan Artikel 152 (1)(a) dan 152(1)(a) Perlembagaan Persekutuan adalah satu pertaksiran yang jauh terpesong. Perlaksanaan satu sistem pendidikan bukan bermaksud tidak membenarkan pengunaan atau mempelajari bahasa- bahasa lain di negara ini.
Bahasa lain-lain boleh dipelajari atau diajar sebagai satu matapelajaran sama kedudukannya dengan matapelajaran Inggeris . Ia lebih merupakan sebagai 1 usaha yang tepat untuk merealisasikan Artikel 152 yang memaktubkan Bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan". Kalau Bahasa Kebangsaan tidak dimartabatkan kedudukannya maka tarafnya "Kebangsaannya" (Nasional) hanyalah sekadar di atas kertas saja.

Perlembagaan Persekutuan melalui artikel 152( 1)(a) dan 152 (1) (a) tetap memelihara kedudukan bahasa-bahasa lain dengan Kerajaan Persekutuan atau Negeri tidak boleh prejudis terhadap mana-mana komuniti yang berhasrat untuk membuat sesuatu bagi menyuburkan pengunaan dan pembelajaran bahasa-bahasa lain seperti sokongan yang dibuat oleh kerajaan terhadap sekolah-sekolah agama bagi orang-orang Islam yang dibuat di luar waktu persekolahan seperti di waktu petang atau malam.

Wanangseri yakin ini bukanlah sesuatu yang mustahil untuk terjemahkan. Ia boleh berlaku dengan syarat kita sebagai warganegara Malaysia benar-benar bersikap jujur dan ikhlas, buangkan sikap kepura-puraan serta hindarkan sebarang perasaan buruk sangka dan hanya berfikir dengan satu matlamat mencari jalan bersama untuk membina sebuah Malaysia yang berindentitikan "KEBANGSAAN MALAYSIA YANG SATU HATI SATU RASA DAN SATU CITA-CITA".

" MELENTUR BULUH BIARLAH DARI REBUNGNYA" . Masalahnya, sistem pendidikan kita hari cuba melentur buluh sesudah menjadi rebung akibatnya buluh menjadi patah atau melibas kembali kepada kita.

Selasa, 2 Disember 2008

SOKONG: HANYA SEKOLAH ALIRAN KEBANGSAAN

Tahniah Mukhriz kerana telah membuat cadangan tepat dan berani. Perjuangan untuk melaksanakan hanya satu sistem pendidikan kebangsaan mengunakan Bahasa Kebangsaan ( Bahasa Melayu) merupakan cita-cita Allahyarham Tun Abdul Razak yang telah dibantut oleh kegharaihan kita bertolak ansur demi menjaga hati rakan-rakan dari kaum bukan Melayu.
Namun Orang Melayu terlalu baik untuk tidak melukakan hati rakan-rakan sedangkan rakan-rakan langsung tidak pernah menghormati yang telah dipersetujui. Orang Melayu telah merelakan Sekolah Melayu dihapuskan dan kini sudah tiada lagi perkataan Sekolah Melayu dan sistem pendidikan kita. Akan tetapi kita masih dapat terus melihat Sekolah Cina ( SRJK Cina) dan Sekolah India ( SRJK Tamil ) wujudlah negara ini.
Justeru, cadangan Mukhriz perlu disokong tanpa apa-apa prajudis kerana :-
i. Ia adalah langkah yang tepat untuk melahirkan satu Bangsa Malaysia yang mempunyai semangat kekitaan dan kesepunyaan bahawa Malaysia adalah satu-satu negara kita. Melalui iltizam bergerak dengan 1 hati, 1 rasa , 1 cita-cita dan 1 matlamat sebagai warganegara marilah kita mengunakan Bahasa Kebangsaan sebagai bahasa perpaduan dan penyatuan Bangsa Malaysia yang diidam-idamkan.
ii. Merupakan langkah terbaik bagi merealisasi dan menterjemahkan Artikel 152 Perlembagaan Negara "Bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan" dalam amalan sebenar rakyat Malaysia . Wajar sekali Bahasa Melayu dimartabatkan kembali sebagai bahasa pengantar tunggal dalam semua tahap pendidikan dan matapelajaran bahasa Ibunda seperti Tamil dan Manderin bolehlah terus sebagai satu subjek yang di ajar.
iii. Penyatuan dan perpaduan kaum mesti diterapkan sejak zaman kanak-kanak, tadika dan sekolah rendah lagi. Kewujudan sekolah rendah berasaskan kaum hanya akan merumitkan usaha penyatuan dan perpaduan yang cuba diusahakan di sekolah menengah dan pengajian tinggi. Sistem persekolahan dengan satu aliran kebangsaan sejak awal-awal lagi dilihat mampu menyemaikan rasa kasih sayang sebagai bangsa Malaysia secara yang lebih membumi lagi.
iv. Sekolah Melayu sudah tiada lagi dalam sistem pendidikan hari ini. Namun sekolah Verdakular Cina dan Tamil yang diwarisi sejak zaman penjajah terus terpelihara. Ini hanya menyebabkan masalah polarisasi kaum terus subur di negara ini kerana anak-anak Malaysia tidak disatukan dengan bahasa kebangsaan yang sepatut menjadi alat penyatuan kebangsaan Malaysia. Jika ini tidak dibetulkan maka usaha untuk melahirkan bangsa Malaysia yang benar-benar bersatu-padu akan tinggal mimpi sahaja.
v. Malaysia diantara salah satu negara yang ketinggalan kerana hampir semua negara di dunia ini mengamalkan hanya satu aliran dalam sistem pelajaran mereka. Ini termasuklah Singapura yang tidak membenarkan sekolah aliran China atau Tamil walaupun orang Cina merupakan penduduk majoriti di sana.
vi. Sebagai usaha yang ampuh untuk memperkasa sekolah aliran kebangsaan kerana rakyat sudah tiada pilihan kecuali kembali bersekolah di sekolah aliran kebangsaan dan sekali gus menyelesaikan tuntutan SRJK(C) dan SRJK(T) yang sering meminta bantuan kerajaan kerana taraf sekolah ini sudah bertaraf sekolah Kebangsaan yang layak mendapat bantuan penuh berbanding dengan sekolah-sekolah ini dahulunya ada yang hanya merupakan sekolah bantuan modal sahaja.
Wanangseri masih ingat lagu-lagu yang sering berkumandang di Radio Malaya ( Malaysia) yang mengajak rakyat menggunakan bahasa kebangsaan. "BAHASA JIWA BANGSA" rakyat yang melupakan bahasanya sudah pasti hilang jiwanya. Bahasa bagi Rakyat Malaysia ialah Bahasa Malaysia ( Melayu ). Maka tidak hairanlah ramai rakyat Malaysia hari ini sudah tidak berjiwa Malaysia kerana Bahasa Malaysia ( Bahasa Melayu) telah diturunkan martabat sama seperti bahasa ibunda dan suku-suku kaum sahaja.

Rabu, 26 November 2008

KEKEBALAN RAJA-RAJA MELAYU DIPULIHKAN!!!

Tunku Naquiyuddin Pemangku Yang Di Pertuan Besar Negeri Sembilan yang mengesa "Kekebalan Raja-Raja Melayu" dipulihkan. Sebelum itu YB Leong Ngah Ngah ADUN Triang pula mendakwa kepada krisis perlembagaan 1990an yang membawa kepada pemansuhan kekebalan Raja-raja Melayu adalah bukti UMNO yang tidak menghormati raja bukannya DAP atau lain-lain pihak.



Persolannya mengapa ianya ini dibangkitkan semula pada masa kini setelah 15 tahun berlalu ? Mungkinkah kerana Melayu sudah terlalu lemah, kepimpinan Melayu sudah terlalu daif untuk lagi mempertahankan maruahnya atau orang sudah hilang keyakinan untuk bertuankan Melayu ???

Keutuhan Perlembagaan Persekutuan sebagai undang-undang tertinggi negara tetap merupakan nadi dalam menentukan hidup matinya Melayu sebagai kelompok teras masyarakat pelbagai kaum di negara ini. Namun ini pun sudah mula goyah oleh orang-orang yang dahulunya tak punya apa-apa tapi kini Melayu pula yang merenggit minta dikasihani.

"Kekebalan Raja-raja Melayu" terpaksa dicabut melalui pindaan perlembagaan 1992 dengan alasan yang sangat mulia dan mendapat sokongan semua pihak termasuk parti PAS dan DAP. Ia bertujuan memastikan kedaulatan Institusi Raja-Raja itu terus kekal terpelihara dan dihormati kerana Institusi Raja-Raja inilah yang merupakan tali hayat kepaada ketuanan dan kekuasaan Melayu di bumi warisan ini.

Sebagai manusia, kita sudah pasti Raja-raja Melayu juga tidak maksum dari melakukan kesalahan kecil dan besar. Namun lantaran kekebalan Raja-Raja Melayu yang mengatasi segala undang-undang telah menyebabkan tiada apa-apa tindakan atau teguran boleh dilakukan walaupun baginda melakukan jenayah atau menzalami rakyat jelata.

Kes Douglas Gomes dengan istana Johor umpamanya adalah satu dari pelbagai perlakuan penganiayaan rakyat serta penyalahgunaan kuasa raja yang bercanggah dengan semangat perlembagaan Malaysia yang berasaskan sistem Demokrasi Berparlimen dan Raja Berperlembagaan.

Pemansuhan kekebalan raja-raja yang diikuti dengan pengenalan Kod Etika raja-raja serta penwujudan mahkamah khas oleh Majlis Raja-raja sendiri untuk mebicarakan dakwaan terhadap salahlaku istana bukanlah satu penginaan kepada kemuliaan Raja-raja Melayu tetapi lebih kepada usaha untuk menegur tindaklaku raja secara yang bersopan dan beradab.

Mematik ucapan Tuanku Tun Azlan Shah bertajuk Takhta Dikekal Dengan Kehendak Rakyat di majlis penganugerahan Doktor kehormat Undang-undang oleh USM 1983 yang ketika itu menjawat Ketua Hakim Negara menyatakan "Di Malaysia tahta akan terus dikekalkan selagi perlembagaan tidak dipinda. Dan perlembagaan tidak akan dipinda selagi rakyat masih taat setia kepada Raja. Rakyat akan terus memberi taat setia selagi mereka dapat berteduh di bawah payung takhta"


Telah kita maklumi bahawa setiap orang berkuasa- Raja atau Presiden di seluruh dunia menjadi rapuh takhta dan kuasanya akibat tidak mengunakan keadilan dan perikemanusian kepada rakyat jelata mereka. Sudah banyak tahta raja yang kini hanya disimpan di muzium setara dunia dan ini pastinya tidak mahu terjadi kepada Raja-raja Melayu.


Justeru, tindakan kerajaan BN yang diketuai UMNO menghapuskan kekebalan raja-raja bukanlah satu tindakan derhaka tapi satu usaha memastikan institusi Raja-raja terus terpelihara sebagai payong pelindung rakyat jelata. UMNO telah mengembalikan kemuliaan Insitusi Raja-Raja ketika Malayan Union dan pastinya UMNO akan terus mempertahankannya sampai bila-bila.


UMNO terpaksa menjadi bahulu yang dihempit api atas dan bawah. Golongan seperti DAP dan geng-gengnya terus menuduh UMNO pertualang kepada siri-siri pencabulan Kedaulatan Raja-raja dan Perlembagaan Negara sedang mereka pula lepas tangan terhadap segala penghinaan yang mereka cetuskan terhadap Melayu selama ini. Manakan PKR dan PAS hanya akur dengan
kehendak DAP saja.


Oleh itu setiap Orang Melayu dan kira Raja atau rakyat jelata harus mempertahankan kedaulatan raja-raja Melayu dan perlembagaan negara tanpa perlu menoleh kebelakang lagi dengan memastikan pemansuhan kekebalan Raja-raja Melayu terus dikekalkan demi survavil Raja dan Melayu itu sendiri..

Hari ini kita jarang mendengar adanya raja-raja atau kerabatnya yang menzalimi rakyat jelata . Maknanya tindakan memansuhkan kekebalan Raja-raja adalah adalah tepat dan betul. Natijahnya orang Melayu cukup sayang kepada institusi raja-raja sebagai tonggak "KESETIAAN RAKYAT" sebagai payong negara tercinta.


Wanangseri ingin mengajak untuk kita sama-sama menghayati hadis Junjungan Besar kita
" JIKA ANAKKU FATIMAH MENCURI NESCAYA AKAN AKU POTONG TANGANNYA " Ertinya tiada kekebalan pada sesiapapun dalam Islam.

Isnin, 24 November 2008

DAP : DAPAT AKU PERKOSA !!!!

DAP singkatanya Democratic Action Party tapi sesuai juga kalau ditafsirkan sebagai " Dapat Aku Perkosa" kerana sebaik sahaja DAP berkuasa di Pulau Pinang atau mempunyai suara yang dominan dalam kerajaan Negeri Selangor dan Perak juga ada saham di Kedah banyak unsur-unsur merperkosa perlembagaan dan maruah Orang Melayu dilakukan.

Inilah agaknya Orang Melayu dahulu tak dapat menerima langsung kehadiran DAP dalam politik mereka. Menyokong DAP bermakna membiarkan maruah Melayu diperkosa ( perbuatan yang dilakukan tanpa hak ) oleh satu puak yang rakus angkuh dan tidak bertanggungjawab.

Mungkin ada Melayu di Selangor atau di Perak atau di Pulau Pinang malah di Kedahpun yang pada mulanya amat seronok berasmara dana dengan DAP tapi kita yakin kini sudah ramai Melayu di sana yang tersentak dengan amalan rakus DAP (Dapat Aku Perkosa) yang ingin mengambil kesempatan dari kecelaruan orang Melayu Melayu itu sendiri.

Sekadar mengemukakan beberapa "Agenda Dapat Aku Perkosa" oleh DAP melalui perbuatan "BERKENDAK" dengan PKR dan PAS di 5 negeri sejak 8 Mac ialah :-

i. Memperkosa Perkara 153 Hak Istimewa Orang Melayu tindakan mematikan roh DEB di Pulau Pinang sebaik sahaja Lim Guan Eng memasuki KOMTAR untuk berkuasa.

ii. Mempengaruhi PKR ( Parti Kelentong Rakyat) untuk memperkosa Negeri Selangor dengan berusaha membina ladang babi terbesar sehingga memungkinkan Selangor menjadi pengekspot daging babi utama dunia.

iii. Berjaya memujuk PAS ( Parti Angguk Saja) bagi menodai kesucian bumi Kedah yang tidak pernah ada ladang babi untuk membina ladang babi yang canggih.

iii. Memperkosa Kesuciaan Agama Islam di Selangor dengan saranan supaya wang kutipan zakat turut diagihkan kepada orang bukan Islam.

iv. Memperkosa Kedudukan Agama Islam seabagai agama persekutuan dengan meminta surau memperlahankan azan dan ceramah agama.

v. Memperkosa Kedudukan Bahasa Melayu ( perkara 152 perlembagaan persekutuan ) sebagai bahasa kebangsaan dengan membangunkan papan tanda pelbagai bahasa di Pulau Pinang walaupun mendapat bantahan pelbagai pihak.

Banyak lagi ciri-ciri perogolan dan perkosaan yang di lakukan tidak dinyatakan di sini. Wanangseri optimis AGENDA DAPAT AKU PERKOSA akan terus menghantui orang Melayu kerana orang Melayu dalam PKR dan PAS di Selangor, Perak, Pulau Pinang dan juga Kedah sudah begitu lunak dalam dakapan permukahan DAP.

Sekadar memetik kata-kata Menteri Besar Kedah Dato Seri Azizan Razak "kalau diibaratkan perkahwinan dalam kerajaan Pakatan Rakyat ( Pakatan DAP, PKR dan PAS) ianya sudah mengandung sekarang". Wanangseri tertanya-tanya "Apakah Ladang Babi di Kedah adalah janin yang dikandung oleh PAS Kedah melalui perkahwinan ini dan ianya bakal lahir tidak lama lagi"

Wanangseri cuba nak mentafsirkan peribahasa ini "BAGAIMANA ACUAN BEGITULAH KUIHNYA, BAPA BOREK ANAK RINTIK " Bukanlah mustahil anak yang dihasilkan melalui permukahan dan perkosaan DAP akan melahirkan anak yang menurun rupa paras DAP juga!!!

Jumaat, 31 Oktober 2008

KETUA PEMUDA ANTARA : DEBAT, HEBAT DAN HABAT

KJ terus nak berdebat. Debat tu sama jugalah dengan bertengkar dan bertekak . Cuma debat di "organais", manakala bertengkar hentam keromo ajelah. KJ yang kita tau memang bijak berdebat tak kalah macam Brother Anwar kaki bertengkar dan bijak putar memutar.

Debat tak banyak menyelesaikan masalah. Yang pasti ianya hanya memberi ruang yang lebih besar untuk kedua pihak terus berbalah dan tiada yang ingin mengalahkan.

Dr M pernah berdebat dengan Ustaz Fadhil Nor tapi UMNO dan PAS tetap juga berseteru. Debat antara brother Anwar dengan Shabery Cheek dulu pun lebih banyak keliru hingga Melayu lebih celaru . Kemudian Guan Eng dan Su Koon juga turut berdebat tapi apa hasilnya yang dimanfaat?

Apa yang pasti debat pendekatan serang menyerang dan telanjang menelanjang tanpa apa-apa resolusi yang kongkrit. Sape cekap beretorik dialah dilihat benar, menang dan merit. Manakala yang kurang pandai berhujah dia akan dilihat kalah dan dihukum sebagai bersalah.

Brother Anwar adalah tokoh debat tersohor negara. Hujahnya memukau jutaan orang untuk percaya apa yang dia kata, walaupun ianya dusta belaka. Tapi orang tetap percaya, dek teruja dengan mainan bahasa, bahawa pada 16 September 2008 dia akan menjadi PM yang berkuasa memerintah negara. Walaupun pun dijaja merata-rata dakwaan Anwar itu adalah dusta, namun orang tetap terpesona dengan dogengan penglipurlaranya dari desa hingga ke kota , dahulu kini dan mungkin selamanya?.

Inilah bahana memilih pemimpin dari kalangan orang bijak berdebat bermain bahasa tapi kurang bekerja dan bersetia sehingga disangka intan rupanya kaca. Akibatnya parti ditimpa bencana, anak bangsa dicaci nista, agama dihina, raja dicerca dan negara jadi porak peranda.

Bukan susah nak pilih pemimpin, kalau pemuda nak cari yang pandai berdebat sebagai ukurannya. Pastilah KJ pilihan utama kerana terbukti dialah jaguh pemidato perkasa, tak macam Khir Toyo yang dah hilang "power "atau Mukhriz yang lebih bersahaja.

Yang sukarnya adalah mencari pemimpin yang kuat bekerja, jujur ikhlas, berwawasan jauh, beragama, berbudi mulia dan berlapang dada. Kasih kepada yang muda, hormat pada yang tua.

Kita yakin pemuda akan membuat pilihan yang tepat dalam memilih ketuanya , bukannya tertakluk kepada yang pandai berdebat dan bukan yang "RENCONG DI DALAM, DILUAR PEPAT" . "Bijak berdebat bukan erti kerja hebat, tak bijak berdebat bukan ertinya kerja habat"

Wanangseri nak ajak adik-adik perwakilan pemuda mengamati pepatah Melayu " BEROLAK KERANA TAK DALAM, BERGONCANG KERANA TAK PENUH" Buat pertimbangan yang wajar kerana pemuda/pemudi hari akan menentukan generasi akan datang!!!

Selasa, 28 Oktober 2008

NASIB BAHASA MELAYU DI BUMI MELAYU

Apalah nasib bahasa Melayu sebagai bahasa Kebangsaan di bumi Melayu (MALAYSIA). Adakah ia dapat bertahan atau sekadar bahasa pinggiran yang terus melayu dan membeku. Di sekolah bahasa Melayu hanya diajar untuk beberapa karat matapelajaran sahaja. Selebihnya Sains, Matematik, Kimia, Fizik, Biologi, dan Teknikal semua disaji dalam bahasa Inggeris secara berluasa-luasa.
Tambah perit bila Kerajaan PR (Penipu Rakyat) Pulau Pinang yang anti Melayu memasang papan tanda dalam pelbagai bahasa, menjadikan bahasa Melayu disentap setaraf dengan lain-lain bahasa ibunda. Maknanya Kedudukan Bahasa Melayu sebagai bahasa Kebangsaan seperti yang disebut dalam atikel 152 Perlembangaan Negara semacam sudah hilang perkasa.
Pejuang-pejuang bahasa Melayu yang masih hidup maupun yang telah meninggal dunia pasti tidak rela ini semua terjadi . Allahyarham Tun Abdul Razak yang mengagaskan Penyata Razak yang bermatlamat bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar utama di semua peringkatan pengajian di negara mungkin menjadi orang yang paling kecewa jika dia dapat menyatakan isi hati. Apa tidaknya tak sampai 50 pemergiaannya segala usaha-usahanya sudah berjalan begitu gagah akhirnya terpaksa mengalah oleh sikap Melayu yang bermasalah.
Wanangseri menyeru seluruh orang Melayu, cerdik pandai Melayu, pembesar Melayu, pejuang bahasa Melayu dan lebih lagi-lagi pemimpin Melayu jangan lupa: "BANGSAMU ADALAH MELAYU, BAHASA JIWA BANGSA, TANPA BAHASA MELAYU TIDAK BERBANGSA, KEBANGSAANMU ADALAH MELAYU DAN TANPA BAHASA MELAYUKAN HILANG DI DUNIA BUAT SELAMA-LAMANYA." PERTAHANKAN KUASA MELAYU YANG BERJIWA MELAYU!!

Selasa, 21 Oktober 2008

AKTA HASUTAN DAH HILANG BISA ?

Kita sering mendengar banyak report polis telah dibuat oleh sama ada orang perseorangan, pertubuhan politik atau pun Ngo-ngo tertentu. Namun tiada tindakan yang jelas diambil terhadap report. Persoalnya apakah Akta Hasutan dah hilang bisanya sehingga ianya dipermain-mainkan lantaran kini semua orang terlalu gemar untuk mengaitkan diri dengan akta ini ?

Akta Hasutan yang ada sekarang merupakan akta yang dipinda pada Februari 1971 berikutan berlakunya tragedi rusuhan kaum 13 Mei 1969 yang mendorong kerajaan melakukan penyesuaian bagi tujuan menjamin kestabilan negara. Jadi ini merupakan akta yan serius kerana ia berkaitan rapat dengan keselamatan negara.

Melalui akta ini kerajaan boleh bertindak tegas ke atas sesiapa sahaja yang mempertikaikan kewarganegaraan mana-mana rakyat Malaysia , bahasa kebangsaan dan bahasa ibunda kaum-kaum lain, Kedudukan Istimewa Orang Melayu atau kepentingan kaum-kaum lain dan kedaulatan Raja-raja Melayu. Mengikut Seksyen 3 (1) Akta Hasutan "kecenderungan menghasut ialah :-

1. Mendatangkan benci atau penghinaan atau menimbulkan perasaan tidak suka kepada mana-mana Raja atau Kerajaan.

2. Menimbulkan rakyat mana-mana Raja atau penduduk mana-mana wilayah yang diperintah oleh mana-mana Kerajaan supaya cuba diubah dengan apa-apa cara secara yang tidak sah, apa-apa jua yang tertubuh menurut undang- undang dalam wilayah Raja itu atau wilayah yang diperintah oleh Kerajaan itu.

3. Mendatangkan benci atau penghinaan atau bagi membangkitkan perasaan tidak suka kepada pentadbiran keadilan dalam Malaysia atau dalam mana-mana Negeri.

4. Menimbulkan perasaan tidak puas hati atau tidak suka di kalangan rakyat Yang Di Pertua Agong atau rakyat Raja mana-mana Negeri atau di kalangan penduduk Malaysia atau penduduk mana-mana Negeri.

5. Mengembangkan perasaan jahat dan permusuhan antara beberapa kaum atau golongan atau penduduk mana-mana Negeri.

6. Menyoal apa-apa perkara, hak, taraf, kedudukan, keistimewaan, kedaulatan atau hak kedaulatan yang ditetapkan atau diperlindung oleh peruntukan- peruntukan Bahagian 3 Perlembagaan Persekutuan atau Perkara 152, Perkara 153 dan Perkara 181 Perlembagaan Persekutuan.


Istilah " menghasut" ini dipakai dengan apa-apa perbuatan, ucapan, perkataan, penerbitan atau lain yang cuba menimbul atau mempengaruhi orang ramai supaya mewujudkan keadaan tidak stabil kepada negara seperti mogok, rusuhan dan menghinakan keyakinan kepada agensi-agensi kerajaan seperti badan kehakiman dan polis.

Justeru, menjadi kewajaran untuk kerajaan bertegas kepada puak-puak pelampau seperti HINDRAF dan mereka yang gemar memainkan isu-isu sensitif ini. Dalam hal ini walaupun dah banyak laporan polis dibuat namun tiada tindakan berkesan dilakukan kerajaan sehingga orang-orang seperti Karpal Singh, Uthayakumar, Teressa Kok, M. Kulasegaraan, Lian Hoe dan kuncu-kuncunya terus biadab dan tak beradab.

Wanangseri terkenang akan peribahasa ini "PADA PECAH PERIUK, BIARLAH NASI TUMPAH"

BTN HASUT RAKYAT ?

Hari ini ada orang yang amat marah bila disebut "Negeri ini negeri Melayu", Negeri ini milik Raja-raja Melayu" dan "Orang Bukan Melayu dibenarkan menjadi rakyat atas ihsan Raja-raja Melayu dan orang Melayu". Mereka yang bercakap pasal Melayu adalah penghasut dan pemecah belah masyarakat.

Bila menyebut " MELAYU" Wanangseri teringatkan BTN satu-satunya agensi kerajaan yang menjadikan "KETUANAN MELAYU, KEAGONGAN ISLAM DAN PEMERINTAH BERTERASKAN KONSEP KONGSI KUASA ANTARA PELBAGAI KAUM" sebagai "core business " nya.

Kesian BTN kerana program-programnya yang mengajak orang berpatriotiksme, kenal sejarah, tahu asal usul negeri dan keturunannya , memahami apa itu maksud Tanah Air, Rakyat, Kerajaan dan Kedaulatan, juga memahami apa ertinya Pemerintah Demokrasi Raja Perlembagaan serta mendalami Perlembagaan Negara telah dituduh sebagai agensi penghasut dan pemecah belah perpaduan rakyat.

Tuduhan sebagai penghasut ini sebenarnya bukan saja dilakukan oleh cauvenis-cauvenis bukan Melayu tetapi ianya disemarakkan oleh mereka yang satu ketika dulu merencanakan dasar-dasar dan program-program BTN itu sendiri. Tidak sukar untuk kita mengenali mereka kerana melalui ucapan , media , blog dan bloggers tajaan mereka sikap putar belit puak-puak ini amat ketara sekali.

Memang masa bercinta semuanya indah, kentut pun berbau wangi tapi bila dah benci semuanya hina dan keji.

Mereka inilah yang sebenarnya penghasut kerana selama ini setelah lebih 50 tahun merdeka, hampir 30 tahun BTN berperanan tiada suara yang selantang ini yang mempertikaikan "Ketuanan Melayu, yang persoalkan Kedudukan Istimewa Orang Melayu, yang menghina Raja-raja Melayu" yang meremehkan Kedudukan Islam sebagai agama persekutuan dan tiada suara yang biadab untuk mencurigai kejujuran orang Melayu sebagai teras pemerintah negara.

Sebaliknya Tanah Melayu kemudian Malaysia telah menjadi sebuah negara yang paling harmoni di dunia, negara Islam yang paling maju di kalangan OIC dan negara paling membangun di kalangan negara dunia ketiga.

Wanangseri ingat sangat akan bidalan ini : "BILA PEMUKUL GENDANG RANCAK MENEPUK, PASTILAH PENARI RANCAK MENARI"

Isnin, 20 Oktober 2008

SHAMSIAH FAKEH PEJUANG WANITA MELAYU TERAWAL

Alfatihah. Hari ini ,Malaysia kehilangan seorang lagi pejuang iaitu Shamsiah Fakeh . Walaupun Shamsiah memilih perjuangan berhaluan kiri melalui penglibatannya sebagai anggota regimen ke 10 Parti Komunis Malaya (PKM) tetapi kita semua faham bahawa ianya terdorong oleh jiwanya amat bencikan penjajah.

Sebagai Ketua Angkatan Wanita Sedar (AWAS) yang menjadi sayap utama PKMM yang bertujuan memerdekakan negara, Shamsiah merupakan lambang kebangkitan wanita pinggatan Melayu Terawal yang setanding dengan lelaki berjuang untuk mempertahankan maruah negara yang dari terus dihina oleh penjajah kafir latnatiallah itu.

Mungkin atas dokongan semangat patriotik yang membuak-buak Shamsiah telah memilih perjuangan bersenjata dan gorila sebagai wadahnya. Shamsiah pada masa itu tidak mempunyai banyak pilihan dalam merealisasikan cita-citanya kerana berada di luar bererti dia terpaksa berhadapan dengan kemungkinan dibunuh atau dipenjara. Keadaan ini telah dieksploitasi sepenuhnya oleh PKM yang ingin menjadi negara ini negara komunis sehingga mereka terjebak dalam perjuangan yang dilihat mengkianati bangsanya sendiri.

Dalam memori yang dituliskan oleh beliau sepanjang penglibatannya dengan PKM. Shamsiah mendakwa dia tidak pernah membunuh walaupun seorangpun askar berbangsa Melayu jauh sekalilah mengkianati orang awam. Ianya juga tetap mempertahankan identitinya sebagai seorang Melayu dan Islam. Mereka hanya menentang penjajah dan orang-orang yang bersongkol dengan agenda penjajah.

Namun sebagai kumpulan berhaluan kiri sudah pastilah mereka akan dinilai dengan nilaian yang kiri juga. Lantaran kerana berada dalam kelompok komunis yang mengunakan cara yang salah dan ganas maka penglibatan tokoh-tokoh komunis Melayu ini dinilai dengan pandangan yang serong. Islam juga mengutamakan KANAN daripada KIRI dalam melakukan kebaikan.

Bijak pandai ada berkata "JIKA KITA BERKAWAN DENGAN PENJUAL MINYAK WANGI KITA AKAN TURUT WANGI TAPI KALAU KITA BERKAWAN DENGAN TUKANG BESI MAKA BAU DAN HABUK BESI ITU TURUT TEMPIAS KEPADA KITA"

Wanangseri yakin orang Melayu amat memahami akan semangat patriotis Shamsiah Fakeh yang begitu tinggi dan pasti ianya juga akan terpahat dalam lipatan sejarah sebagai salah seorang perjuang bangsa walaupun dari kelompok berhaluan kiri .

Marilah kita bersama-sama mendoakan semoga rohnya dicucuri rahmat oleh Allah dan jika ada dosa-dosanya terhadap anak bangsa sama-samalah kita memaafkannya.

Jumaat, 17 Oktober 2008

PERINGATAN RAJA MELAYU

Mesyuarat Majlis Raja-raja Melayu yang berlangsung di Kuala Terengganu semalam telah mengeluarkan kenyataan khas bagi mengingatkan rakyat jelata supaya berhenti dari membuat kenyataan yang mempertikaik dan mempersoalkan perkara-perkara yang menjadi asas utama pembentukan negara Malaysia seperti yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.
Mempertikaikan perkara-perkara seperti Hak-hak keistimewaan, kedudukan, kemuliaan dan kebesaran Raja-raja Melayu, agama Islam, Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan, kedudukan istimewa orang Melayu dan Bumiputera bererti mempertikaikan kelahiran dan kewujudan negara Malaysia ini sendiri.
Tiada apa yang perlu dipertikaikan lagi kerana setiap rakyat seharusnya bersama-sama membina kemajuan negara ini sebagai rakyat yang baik dan setia. Perkara ini sudahpun selesai apabila semua kaum telahpun bersetuju melalui "kontrak sosial " sebelum merdeka lagi yang meletakkan hak-hak kaum masing-masing sebagai warganegara Tanah Melayu ( Kemudian Malaysia ) mengikuti klasifikasi Bumiputera dan Bukan Bumiputera terpelihara.
Sesiapa yang tidak bersetuju dengan ketetapan bahawa negeri ini adalah Melayu, berajakan Raja-raja Melayu, sewajarnya menanya diri sendiri, apakah selayaknya dia menjadi warganegara Malaysia ? Atau mengambil langkah mulia dengan melucutkan diri sebagai warganegara Malaysia dan mencari kerakyatan di negara lain yang lebih baginya dari negara ini.!
Peribahasa Melayu untuk kita sama-masa hayati. "PINGGAN TAK RETAK NASI TAK DINGIN, ORANG TAK HENDAK AKU TAK INGIN"

SEJARAH DALAM UPSR

Banyak permintaan supaya kedudukan matapelajaran sejarah dalam kurikulum sekolah di pertingkatkan kedudukannya setanding dengan matapelajaran yang lain. Selama ini sejarah hanyalah matapelajaran yang diremehkan.

Di Sekolah Menengah Teknik dahulu, matapelajaran sejarah langsung tak diajar. Wanangseri yakin nasib rakan-rakan di sekolah aliran sains yang lain juga sama.Wanangseri sokong penuh saranan PM untuk menjadikan sejarah sebagai matapelajaran wajib di sekolah rendah malah perlu di semua peringkat pengajian. Menteri Pelajaran perlu menjadikannya kenyataan.

Soal kekangan masa, guru atau beban pelajar bukanlah asalan dan perlu dicari penyelesaian kerana di depan kita ada masalah yang lebih besar lagi iaitu generasi yang buta hati tentang sejarah negara, hilang indentiti, rapuh semangat patriotiknya dan biadap. Beberapa cadangan untuk dipertimbangkan :

i Pengenalan asas usul negara mesti di mulai di TASKA, TADIKA dan Pra Sekolah lagi. Pengajaran boleh dibuat melalui keadah bercerita, bahan bacaan yang mudah-mudah,nyanyian dan lakunan.

ii. Menjadikan matapelajaran Sejarah atau Tatanegara( Tatarakyat) sebagai salah satu matapelajaran dalam Ujian Pernilaian Sekolah Rendah ( UPSR).

iii. Menjadi matapelajaran Sejarah atau Pengajian Malaysia ( Tanah Melayu ) sebagai matapelajaran yang wajib lulus dalam PMR, SPM , SPTM, STAM dan Diploma.

iv. Menjadikan matapelajaran Kajian Malaysia ( Tanah Melayu ) sebagai syarat pengijazahan bagi setiap graduan di mana-mana IPTA/IPTS di Malaysia.v. Mewajibkan setiap penjawat awam lulus peperiksaan mengenai Pengajian Malaysia ( Tanah Melayu dan Perlembangaan Negara ) sebelum layak dalam semua peringkatan pelantikan. ( Setiap sekurang-kurangnya 5 tahun penjawat awam mesti menduduki semula ujian kenegaraan).

v. Mewajibkan setiap majikan-majikan swasta memastikan setiap pekerjanya menduduki peperiksaan Pengajian Malaysia sebagai syarat untuk mendapatkan kelulusan beroperasi semula.

vi. Setiap warganegara asing yang ingin diberi permit bekerja di Malaysia mesti mengikuti kursus mengenai Pengajian Malaysia.

vii. Setiap pemohon yang ingin menjadi warganegara Malaysia mesti lulus ujian dan peperiksaan mengenai sejarah dan Pengajian Malaysia sebelum permohonan dipertimbangkan.

Wanangseri ingat sangat kata-kata orang tua " DI MANA BUMI DI PIJAK, DI SITU LANGIT DI JUNJUNG" YANG KURIT ITU KENDI, YANG MERAH ITU SAGA, YANG BAIK ITU BUDI , YANG INDAH ITU BAHASA"

Khamis, 16 Oktober 2008

HINDRAF MUSUH NO. 1 NEGARA

Tahniah kepada Pak Habib Hamid Menteri Dalam Negeri dan Kerajaan kerana telah mengistiharkan HINDRAF sebagai pertubuhan HARAM. Walaupun ianya agak lewat tetapi ianya adalah langkah yang betul dalam menjelaskan identiti HANDRAF di sisi undang-undang.


Walaupun HINDRAF telah diharamkan tetapi Wanangseri yakin mereka tidak akan berdiam diri bagi terus menjalankan kegiatannya kerana mereka ini memang terdiri dari kalangan orang yang tidak pernah menghormati undang-undang.


Kerajaan kena bertindak secara tegas dan mesti melayani HINDRAF ini sama seperti layanan kerajaan terhadap Parti Komunis Malaya (PKM) yang telah diharamkan sebagai musuh nombor 1 negara. Kini HIDRAF adalah musuh nombor 1 negara seperti PKM atau Penyalahgunaan Najis Dadah pada hari ini.

Sebagaimana ISA dilahirkan untuk menangani ancaman PKM maka HINDRAF mesti diperang habis-habisan kerana pasti ideologi dan kegiatannya akan terus disuburkan melalui ornganisasi yang ingin merais keuntungan dengan isu-isu perkauman seperti PKR atau Majlis Peguam . Peribahasa Melayu ini sama-samalah kita amati " Seperti Api Dalam Sekam".

Isnin, 13 Oktober 2008

MELAYU JUGA PENDATANG

GERAKAN cukup sensitif bila Datuk Ahmad Ismail menyatakan bahawa orang Cina adalah keturunan pendatang tetapi bila Ketua Wanita mereka Datuk Tian Lian Hoe yang membawa dakwaan yang sensitif kepada orang Melayu berdiam diri sendiri.
Tiada suara dari lain pemimpin GERAKAN atau lain-lain organisasi masyarakat Cina, MCA atau DAP yang menasihatkan Lian Hoe supaya meminta maaf atau berhenti dari mengeluarkan kenyataan berbaur perkauman.
Inilah nasib orang Melayu apabila terkena kepada Melayu tiada siapa yang peduli . Orang lain boleh bercakap untuk membela kaum mereka tapi bila Melayu bercakap pasal Melayu ianya dicop sebagai rasis dan menghasut.
Bagi saya Lian Hoe bukan buta sejarah yang paling tepat Lian Hoe sebenarnya buta hati dan busuk pedal kerana mustahil baginya sebagai seorang terpelajar tidak mengetahui akan sejarah negara ini.
Orang-orang seperti Lian Hoe bukan tidak tahu negara ini ada asal usulnya. Dia pasti tahu apa dia Nusantara Melayu, Kepulauan Melayu atau Tanah Melayu, namun sikap cauvenis yang menebalkan menjadikan mereka biadap sehingga mereka tidak mahu menerima apa-apa kebenaran lagi.
Dakwaan orang Melayu adalah pendatang dari seberang ( Jawa dan Sumatera) yang merupakan hujah utama mereka untuk menyabitkan Orang Melayu sama dengan pendatang Cina dan India, hanyalah alasan untuk memberi gambaran yang salah kepada masyarakat khususnya golongan muda yang rata-ratanya tidak berminat dengan sejarah.
Justeru, usaha tegas perlu dibuat untuk memaparkan sejarah negara secara meluas oleh media tulisan dan lebih-lebih media eletronik seperti TV dan radio dalam waktu-waktu perdana.
Bahan-bahan persembahan yang menarik untuk ditonton perlu diusahakan dan RTM mesti memainkan peranan utama, tak cukup sekadar menyediakan bahan-bahan sejarah melalui TV Pendidikan kerana ianya amat berhad kepada pelajar-pelajar sekolah sahaja.
Sekadar mengulangi fakta yang tidak mahu difahami oleh mereka yang berniat jahat ini. Orang Melayu bukan sahaja dari keturunan Jawa, Minang, Mendeling, Boyan, Bugis, atau lain suku kaum yang dari kepulauan Jawa atau Sumatera tetapi orang Melayu datang dari Pulau Mindanao, dan Sulu tetapi Melayu berasal dari Champa (Kemboja) dan Petani.
Semua kerajaan ini adalah Melayu dan penghijrahan mereka dalam satun alam atau wilayah budaya yang sama itu adalah ALAM BUDAYA MELAYU. Penghijrahan ini samalah dengan orang China yang berpindah dari Bejing ke Conton atau orang India dari Madras ke New Delhi, tidak boleh dikatakan sebagai pendatang kerana mereka berhijrah dalam alam budaya yang sama.
Wanangseri memikirkan mungkin ada keperluan untuk semua wakil rakyat sama ada dari parti kerajaan mahupun pembangkang disyaratkan untuk menduduki peperiksaan dan mesti lulus mengenai Sejarah dan Budaya Alam Melayu, Perlembagaan Negara sebelum dibenarkan angkat sumpah sebagai YB.
Buku Sejarah Melayu, Hikayat Abdullah, Hikayat Raja Pasai, Hikayat Hang Tuah dan lain-lain dokumen Melayu lama mesti dihadamkan oleh setiap pengamal politik khususnya yang menjadi wakil rakyat.
Nanti baru mereka akan tahu apa hubungan negeri-negeri Melayu ini seperti Kerajaan Langkasuka, Kerajaan Petani, Kerajaan Ligor, Kerajaan Kedah Tua, Kerajaan Beruas, Kerajaan Gangga Negara, Kerajaan Pasai, Kerajaan Demak, Kerajaan Pelembang, Kerajaan Temasik, Kerajaan Majapahit, Kerajaan Melaka, Kerajaan Pahang Tua, Kerajaan Johor Riau Lingga, Kerajaan Aceh ,Kerajaan Johor Lama dan lain-lain.
Tiada pemisahan antara kerajaan-kerajaan ini kerana semuanya adalah kerajaan Melayu yang diasaskan oleh satu rumpun bangsa yang sama dan pemisahan hanya berlaku oleh dasar pecah dan perintah penjajah barat seperti British, Belanda, Sepanyol dan Perancis yang menjajah Nusantara Melayu dahulu.
"Wanangseri nak ingatkan kita semua supaya amati akan peribahasa ini " DI MANA BUMI DIPIJAK DI SITU LANGIT DI JUNJUNG" Jangan menjadi orang yang buta hati dan sombong diri dan lupa daratan.

Khamis, 9 Oktober 2008

PAK LAH : PM BERJIWA BESAR

Tahniah Pak Lah kerana telah meletakkan kepentingan parti melebihi kepentingan diri. Walaupun telah didesak oleh ramai penyokongnya supaya jangan berhenti, tapi Pak Lah tetap tidak goyah hati untuk pergi meninggalkan jawatan tertinggi memberi laluan kepada pengantinya demi perpaduan parti dan keamanan bangsa dan pertiwi.

Pak Lah yang kita kenali sejak dahulu memang seorang berjiwa besar, pernah menang dan kalah dalam pertandingan dan pernah tersingkir dari jawatan menteri kabinet namun Pak Lah tetap setia pada parti dan tidak pernah berkecil hati . Hari ini kesetiaan dan cintanya pada parti terus teruji lagi. Walaupun banyak suara yang biadap dan tidak beradap ditujukan padanya, namun Pak Lah mengambil langkah berundur turun secara terhormat dan bersopan . Maka wajarlah dia disanjung sebagai sebagai wira hebat bukannya sebagai penjuang yang tertewas.

Maka kita tidak boleh menyalahkan Pak Lah lagi. Pak Lah telah menjalankan tanggungjawabnya. Menjadi tugas pemimpin-pemimpin pewarislah untuk menyusun satu pasukan kepimpinan UMNO yang berkualiti demi memastikan UMNO terus dapat berbakti.

Inilah masanya perwakilan UMNO yang budiman untuk mengunakan proses demokrasi bagi memilih pemimpin yang sejati, amanah, jujur, ikhlas dan berbudi. Sewajarnya setiap perwakilan tanya pada hati yang jujur, siapa yang layak diundi demi untuk memulihkan parti, agar parti tidak mati lantaran kesalahan memilih dari mereka yang dikenali sebagai kaki judi, kaki betina, tidak bervisi dan korapsi.

Jangan memilih pemimpin kerana sogokan, ungkitan, ugutan, umpanan atau bangsawasan tetapi pilihlah mereka dikalangan yang budiman, berpengetahuan, berwawasan, bersopan dan sanggup berkorban demi agama, bangsa dan tanah warisan.

Wanangseri sukakan Pantun Melayu " Kalau memilih tempat mandi, Pertama telok kedua pantai, Kalau memilih pemimpin sejati, Pertama elok kedua pandai."

Selasa, 7 Oktober 2008

HINDRAF PERTUBUHAN HARAM YANG ISTIMEWA

HINDRAF adalah pertubuhan haram tapi sungguh istimewa. Dalam keadaan mereka haram tidak berdaftar tapi segala tindakan mereka halal dengan layanan yang diterima setaraf VVIP. Mereka boleh jumpa PM tanpa ikut peraturan. Segala perbuatan mereka adalah betul belaka dan tidak boleh ditegur sanggah.
Untung betul mereka walaupun haram tindakan mereka tetap mendapat pembelaan. Tok Samy yang partinya ditolak oleh puak-puak HINDRAF ini pun bermati-matian membela perbuatan haram mereka. Apa lagi Bar Council memanglah geng mereka.
Nak harapkan PKR Tok Sheikh pun dah kemarut nak jadi PM dengan sokongan puak-puak HINDRAF ni. PAS pulak suka hati betul sebab mereka anggap itu masalah UMNO. Sedangkan UMNO asyik nak berlawan untuk kukuhkan kedudukan masing-masing, tinggallah Pak Lah dan Pak Habib Hamid untuk tangani semuanya.
Macam-macam penghinaan dilakukan oleh mereka terhadap orang Melayu dan Islam. Bila Menteri Dalam Negeri tegur tindakan biadap mereka, mereka kata Pak Habib Hamid menghasut dan mereka buat lapuran polis. Nak kenakan ISA pada Pak Habib Hamid.
Mereka tak sedar ke, mereka itu yang penghasut sehingga orang India dah melihat orang Melayu Islam sebagai musuh dan jahat. Sedangkan Orang Melayu tetap layan mereka macam adik beradik. Mereka kata tak beraya Melayu sambut dengan gembira tapi rupanya mereka datang untuk mengugut dan mencerca.
Melayu tak pernah marah walaupun sangat sedar keturuanan HINDRAF ini adalah sidagang yang melarat di negeri sendiri datang ke Tanah Melayu sudah tinggal beranak pinak dengan buat harta bertimbun-timbun sehingga ada antara mereka menjadi orang kedua terkaya di Tanah Melayu ini.
Walaupun negeri ini pusaka Melayu tapi tidak seorangpun Melayu yang ada syarikat kapalterbang berbanding mereka. Hari ini Melayu dah tak boleh bersuara walaupun untuk mempertahankan diri kerana semuanya sensitif dan perkauman.
Wanangseri sekadar nak tanya tak ada ke cara untuk bagi mereka diam, macam kerajaan buat pada Darul Arkam atau lain pertubuhan haram yang lain-lain tu ?. Kerajaan jangan jadi "HARIMAU KERTAS ATAU HARIMAU HILANG TARING" nanti "TIKUS PUN BERANI NAIK ATAS KEPALA KUNCING"

NAPI SALLEH ULAR LIDI VS NK UMNO

Tindakan HINDRAF bebas bertemu PM pada majlis rumah terbuka PM dan Menteri-menteri Kabinet beragama Islam di PWTC pada hari raya pertama dan pengumuman oleh Dato Ali Rustam, Dato Zahid Hamidi dan Datuk Nur Jazlan Muhamed untuk bertanding jawatan Timbalan Prasiden UMNO memberi gambaran bahawa kebebasan bersuara dan amalan demokrasi di Malaysia amat terbuka dan kadang-kadang ianya memperlihatkan sesuatu yang melampau.

Ketika Pak Lah masih belum memutuskan sama ada untuk terus mempertahankan jawatan presiden UMNO atau tidak,Ali Rustam, Zahid Hamidi dan Nur Jazlan sudah mengasak dan cuba menunjukkan kepada Pak Lah jalan keluar dari Sri Perdana tanpa segan silu lagi.

Ini juga secara tak langsung memberi isyarat kepada Najib bahawa dia akan ditentang di kerusi nombor 2 atau harus bertindak untuk memanjat ke kerusi nombor 1 sama ada Pak Lah untuk berundur atau tidak.

Dalam keadaan begini Pak Lah dan Najib semacam sudah tidak banyak pilihan lagi. Kalau Pak Lah terus bertegas untuk kekal di kerusi PM dan Najib akur maka hari-hari depan Najib sukar untuk diramalkan.

Apakah mungkin bagi Ali Rustam, Zahid Hamidi mahupun Nur Juzlan Mohamed yang cuba menempah kerusi nombor 2 itu akan menjilat ludahnya semula dengan membatalkan tempahannya kerana ini akan menyebabkan kewibawaan sebagai pemimpin akan dipertikaikan. Wanangseri yakin alasan pandangan akar umbi akan dieksploit sekali lagi untuk menghalalkan tindakan mereka.

Atas alasan demokrasi jugalah maka ada orang yang tidak sepatutnya cuba menawarkan diri untuk jawatan tertinggi parti seperti Hanapi Salleh ketua cawangan Ubai Pekan yang berhasrat bertanding untuk jawatan naib prasiden.

Bagi setengah pihak tindakan Hanapi itu cuba mempermain-mainkan demokrasi tetapi kita juga boleh mentafsirkan ianya juga merupakan suara segentir akar umbi yang semakin bosan dan meluat dengan kerenah pemimpin yang berebut-rebut mendapatkan kedudukan tertinggi. "Geram-geram" ada pulak bahagian calunkan Hanapi untuk is kekosongan yang ditinggalkan Ali dan calunkan Muhyiddin dan Isa Samat pertahankan Naib Prasiden!!.

Cawangan Ubai dalam Parlimen Pekan yang di ketuai Hanapi merupakan cawangan pertama bermesyuarat dan telah mengemparkan negara bila meluluskan usul supaya Najib dicalunkan sebagai prasiden mengantikan Pak Lah.

Walaupun pendirian Hanapi dipandang sinis kerana didakwa tidak menghormati keputusan yang dibuat oleh MT dan kabinet yang menetapkan Pak Lah dan Najib kekal sehingga Jun 2008. Ternyata suara Hanapi selaras dengan kehendak ramai bila hari ini umum mengetahui desakan untuk mempercepatkan peralihan kuasa dilakukan oleh bukan sahaja ahli parti biasa juga oleh pemimpin tertinggi UMNO.

Justeru, wanangseri amat berharap pemimpin-pemimpin tertinggi UMNO harus pandai menjaga kredibliti masing-masing supaya tidak mudah menunjukkan perlakuan yang boleh merendah martabatnya oleh pemimpin akar umbi dengan dakwaan mereka juga layak bertanding dalam apa-apa jawatan pun. Cari apa maksud Peribahasa Melayu " ULAR LIDI NAK TELAN NAGA "

Jumaat, 26 September 2008

TURUNLAH SECARA TERHORMAT DAN BERMARUAH

Perhimpunan Agong UMNO ditangguh ke Mac 2008. Nampaknya masih banyak perkara yang perlu diselesaikan oleh UMNO sehingga penangguhan ini terpaksa dibuat. Soal peralihan kuasa belum mendapatkan kata putus.

Banyak desakan yang meminta mesyuarat bahagian Umno yang bakal berjalan Oktober ini memutuskan sama ada hendak mengikut apa sahaja keputusan MT atau membuat pertimbangan sendiri berdasarkan kehendak akar umbi.

Meneliti ke bawah memang menjadi kemestian UMNO kena membuat perubahan bukan sahaja di peringkat kebangsaan tetapi mengeluruh hingga ke cawangan.

Dalam UMNO memang banyak kayu-kayu buruk yang mesti diganti kalau mahu melihat UMNO terus berdiri kukuh di persada politik negara. Kayu-kayu lama yang masih kukuh wajar dikekalkan kerana ianya amat berharga dalam menentukan survival UMNO.

Perubahan bukan bermakna menukar semua tetapi ianya lebih bersikap penambahbaikan dan pemuliharaan. Gabungan antara yang baru dan bertenaga dengan yang lama berpengalaman dalam resipi terbaik untuk menguatkan UMNO.

Perbuatan menyekatkan pertandingan UMNO sebenarnya cuba untuk mengelakkan perpecahan yang sering berlaku dalam UMNO. Namun kalau sekatan yang melampau-lampau terus dilakukan seolah-olah suara ahli dinafikan , ianya akan menyebabkan UMNO bukan sahaja pecah tetapi terus tumbang dan terbalik tanpa boleh ditampal-tampal lagi.

Oleh itu, amalan demokrasi dalam UMNO mesti terus disuburkan dengan membenarkan pertandingan berlaku dan ahli bebas menentukan kepimpinan yang mereka mahu. Kalau tidak,tiada sesiapa lagi yang berminat dengan UMNO terutama golongan muda.

Dalam sejarah UMNO tidak ada seorangpun presiden yang ditolak melalui kuasa undi perwakilan di Perhimpunan Agong. Ini kerana semua mereka telah berjaya mencipta rekod yang baik sepanjang kepimpinan mereka walaupun adalah juga sikit-sikit kecacatan di sana sini.

Pemimpin yang mempunyai rekod cemerlang tak perlu khuatir, yang penting pemimpin harus pandai membaca situasi bila masanya ia harus berundur secara terhormat dengan mendapat sanjungan yang berterusan pula.

Allahyarham Tunku Abdul Rahman melepaskan jawatan bila dia sedar telah ada bibit-bibit yang menolak kepimpinannya. Ternyata peralihan kuasa Tunku kepada Tun Abd Razak telah berjaya memperkasakan semula UMNO.

Begitu juga dengan Tun Dr Mahathir yang menyedari ia tidak akan dapat bertahan lama berdasarkan keputusan pilihanraya 1999. Dr Mahathir memberi laluan kepada Pak Lah. Ternyata langkah itu betul, UMNO dan BN telah mendapat semula keyakinan rakyat dengan kemenangan besar dalam pilihanraya negara pada 2004.

Oleh itu kepada semua pemimpin UMNO di semua peringkat tak perlulah membiarkan orang menarik kita turun dengan cara yang hina dan terdesak.

Turunlah sendiri dengan dengan penuh kesopanan dan keinsafan bahawa masa kita sudah berlalu.

Insya Allah ahli akan menghormati kita sebagai pemimpin terbilang dan bermaruah. Wanangseri selalu ingat akan kata-kata orang tua " BISA ULAR TAK AKAN HILANG DENGAN MENYUSUR AKAR "

Khamis, 25 September 2008

UMNO JANGAN LIBAT ISTANA : TENGKU ABDULLAH

Bermula bulan Oktober ini akan bermulalah pertandingan untuk memilih jawatan tertinggi di setiap peringkat bahagian UMNO.
Pastinya ada Orang Lama yang kekal dan ada pula Orang Baru yang mengambil tempat teratas . Sama ada yang berundur itu berlaku secara terhormat, atau yang baru naik secara terhormat, tak hairan jika banyak juga yang naik secara tak dihormati atau jatuh tersungkur tanpa dihormati, namun kita berharap biarlah pemimpin-pemimpin naik atau berundur itu berlaku secara yang terhormat.
Selama ini UMNO tetap utuh kerana wujudnya rasa saling hormat menghormati dan kini UMNO dipertikaikan keutuhannya kerana rasa hormat sudah mula hilang dari amalan sebahagian orang UMNO.
Dalam keghairahan para pemimpin UMNO yang berhasrat menduduki jawatan tertinggi di bahagian masing-masing amat diharapkan biarlah pemilihan dibuat secara yang terhormat dan bermoral.
Sewaktu UMNO memerlukan satu pembaharuan demi meraih semula keyakinan rakyat, para perwakilan seharusnya dihormati dengan diberikan kebebasan untuk menentukan calon yang benar-benar berwibawa mengikuti penilaian mereka sendiri.
Setiap perwakilan sudah pasti telah mengenalpasti calon yang mereka sukai dan yakini kerana pastinya calon yang menawarkan diri telah ada rekod masing-masing untuk diadili.
Pemilihan kepimpinan dalam UMNO bukan masa untuk membalas dendam, ugut, ungkit dan umpan tetapi ia adalah satu proses muhasabah untuk Tambah Nilai ( Value added), perbaikan dan pemuliharaan organisasi yang dibenarkan oleh parti setiap 3 atau 4 tahun sekali.
Tak perlulah amal politik wang , politik ugut atau politik ungkit atau politik tongkat sakti untuk memaksa perwakilan memilihkannya. Wanangseri amat bersetuju dengan titah DYTAM Tengku Mahkota Pahang menyarankan "mereka yang menawarkan diri untuk bertanding perlu bersandarkan pada kekuatan dan kewibawaan diri sendiri bukannya atas sebab-sebab lain."
Tinta Tuanku ini juga memberi peringatan calon-calon supaya benar berwibawa dan bersih tanpa mengaitkan diri mereka dengan istana.
Oleh itu biarlah pertandingan berlaku dalam suasana yang sihat agar amalan demokrasi dalam UMNO terus segar. Kalau para pemimpin kita telah menjalankan tanggungjawab dengan baik pastilah perwakilan dengan matangnya tidak akan zalim untuk menghukum pemimpin yang banyak berjasa dan tidak berdosa.
Calon-calon tak perlu gusar kerana para perwakilan yang arif tahu yang mana Intan Yang Mana Kaca kecuali jika para pemimpin itu sendiri yang kotor memalsukan dirinya bagi menipu dan berdusta. Tapi lambat laung pasti kepalsuan terbongkar sudahnya.

Selasa, 9 September 2008

GERAKAN, DAP & PKR : SERUPA !!!



Anehkah jika GERAKAN mengugut untuk meninggalkan BN dan nada yang serupa turut didendangkan MCA ? Bagi Wanangseri ia bukanlah sesuatu yang memeranjatkan.

Sebenarnya parti yang berteraskan Cina tidak pernah lari perjuangan untuk menjadi kaum mereka dominasi di negara ini. Melalui Huatuan ( Persatuan Cina) seperti Dongjiaozong, Dewan-dewan Perniagaan Cina (DPC), Gabungan Pertubuhan Cina Malaysia (GPCM) Gabungan Dewan-dewan Perniagaan dan Perindustrian Cina (ACCCIM) mereka membuat kata sepakat untuk memastikan cita-cita mereka tercapai.

Orang Cina hanya akan memberi sokongan kepada Melayu dan UMNO jika mereka tidak kuat tetapi bila mereka kuat mereka akan lari dari UMNO.

Bila masanya orang Cina menjadi kuat? Jawapannya bila orang Melayu , lemah , berpecah dan lari dari UMNO. Ketika itulah mereka menjadi kuat dan berpengaruh. Maka itulah masanya berbagai ugutan, ungkitan dan tuntutan akan dibuat oleh mereka kepada Melayu yang sudah berpecah belah.

Dengan kalah semua kerusi di Pulau Pinang dan hanya 2 kerusi di Parlimen GERAKAN sudah hilang pengaruhnya kepada masyarakat Cina. Begitu juga MCA sudah kalah kepada DAP. Lalu kedua-dua parti itu cuba menjadikan UMNO sebagai musuhnya sama seperti DAP juga.. Isu Datuk Ahmad Ismail Ketua Bahagian Bukit Bendera itu hanyalah alasan untuk GERAKAN dan MCA menunjuk sikap sebenarnya pada orang Melayu.

Sejarah Pilihanraya 1969 membuktikan GERAKAN dan DAP mempunyai matlamat dan citarasa yang sama. Melalui perjuangan “Malaysian Malaysia” GERAKAN bersama DAP dan PPP telah meniupkan api perkuaman sehingga tercetusnya tragedi rusuhan kaum pada 13 Mei 1969 itu.

Tokoh-tokoh utama GERAKAN ketika itu seperti Prof Wang Gungwu, Dr Lim Chong Eu, Dr. Tan Chee Koon dan V. David telah mengerapkan manifesto kempen melalui slogan ”Persamaan Hak, Keadilan dan Persamaan Peluang Untuk Semua : Tujuan Kami.”Antara matlamat GERAKAN ialah :


i. Mengurangkan 2/3 majoriti Perikatan di Parlimen.
ii. Menentang amalan rasuah
iii. Menuntut Bahasa Cina dan Tamil dijadikan salah bahasa rasmi disamping bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan.
iv. Menyokong penubuhan Universiti Kebangsaan dan Universiti Merdeka.
v. Memperjuangkan supaya Bahasa Melayu, Cina dan Tamil boleh dipelajari hingga ke peringkat universiti.
vi. Mengekalkan Sekolah Menengah Cina dan Tamil dalam sistem pendidikan Malaysia.
vii. Mewujudkan masyarakat Malaysia yang bersatupadu dengan pandangan dan matlamat yang sama.

Jika diteliti dasar GERAKAN itu jelas mempunyai kesamaan dengan DAP dan PKR. Tidak ada dalam jiwa pendokong GERAKAN untuk mendokong konsep KETUANAN MELAYU yang menjadi teras kewujudan negara ini. Apakah tidak mungkin kesanggupan GERAKAN untuk bersama-sama BN selama ini hanya sekadar menumpangkan kekuatan Melayu UMNO bagi berkuasa di Pulau Pinang sahaja.

Tapi bila kempen ”ABU” ( Asal Bukan UMNO) oleh kelompok pembangkang berjaya dan DAP sudah mendapat sokongan Melayu PAS dan Melayu PKR untuk membentuk kerajaan dominan Cina,maka apa perlunya UMNO pada mereka ? Segala yang dicita-citakan oleh GERAKAN sudahpun mereka dapat atau bakal dapat melalui Kerajaan DAP ataupun PKR.

GERAKAN, DAP dan PKR sama saja, jayakan ”Malaysian Malaysia” , perjuangkan kesamarataan, haruskan KETUANAN MELAYU dan gantikan dengan KETUANAN RAKYAT. Wanangseri teringat lagu kumpulan kopratasa “ KITA SERUPA”

Isnin, 8 September 2008

TEMAN MASA SUKA!



Sekalung tahniah kepada Ketua UMNO Bukit Bendera Pulau Pinang Datuk Ahmad Ismail setidak-tidaknya tindakannya menyedarkan kita masih ada pemimpin Melayu keras hati dan mampu menyanggah sikap sebilangan bukan Melayu yang semakin biadab. Bukan Melayu dalam BN hanya rakan semasa bersuka tidak ketika berduka.

Mungkin sikap Melayu yang selama ini amat bersopan dan beradap, mudah mengalah dan sering meminta maaf menyebabkan orang lain naik tocang dan sombong diri. Melayu sentiasa cakap berlapis demi menjaga perasaan orang lain walaupun apa yang diucapkan tidak kesampaian maksudnya.

Memberi maaf itu sesuatu yang mulia lebih-lebih lagi di Bulan Ramadan Al Mubarak ini. Tetapi biarlah kena pada tempatnya. Jangan nanti kita dilihat sebagai penakut dan pengecut yang memungkinkan orang hilang rasa hormat pada kita. Apa maknanya UMNO sebagai ketua kerajaan kalau terus dipersendakan lawan dan rakan.

Badi dengan sikap Melayu yang rela dengan ”Dagang lalu ditanakkan, Anak di pangkuan mati tak makan” Menjadikan ini Melayu dikelukan untuk bercakap tentang sejarah dan warisan bangsanya. Bercakap tentang Ketuanan Melayu, Kedaulatan Raja-raja Melayu, Hak Istimewa Melayu, Agama Islam sebagai Agama Persekutuan, Kedudukan Mahkamah Syariah dan Bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi, semuanya perkauman (rasis)dan kena minta maaf kerana sesuai dengan masyarakat majumuk negara ini.

Tetapi bila orang lain mengata dan persoalkan Melayu , itu tidak mengapa. Ini negara demokrasi, semua orang berhak bersuara dan bebas berhujah. Walaupun apa yang diperdebatkan menyentuh sensetiviti Melayu, ianya bukannya ”rasis” dan mereka tidak perlu kena minta maaf kepada orang Melayu :

i. Tindakan pemimpin-pemimpin HINDRAF yang menuduh orang Islam sebagai pelampau, ganas dan penganas, melakukan penghapusan etnik, pembunuhan beramai-ramai yang kononnya dilakukan pemerintah Malaysia terhadap kaum India... apakah semua dakwaan ini tidak berbau perkauman ?

ii. Cuba cari data-data dan lihatlah fakta bagaimana ramainya orang India yang bebas den bergembira di negara ini. Mereka mengadu kepada kerajaan Tamil Nadu dan British , tidakkah kesetiaan mereka sebagai rakyat Malaysia boleh diragui? Tetapi orang Melayu tak pernah menuntut mereka mohon kembali menjadi rakyat Tamil Nadu atau British. Rasiskah Melayu?

iii. Kebebasan bersuara di Malaysia semacam tiada sekatan lagi. Karpal Singh boleh menghina Raja-raja Melayu dan pempetikaikan kedudukan Agama Islam di negara ini. Apakah ini bukan tindakan ”risis” ?


iv Adun-adun DAP boleh mempesendakan Raja Melayu dan TYT negeri yang di lantik oleh DYMM Agong semasa majlis angkat sumpah DUN seperti yang berlaku di Johor dan Pulau Pinang. Apakah tindakan ini tidak boleh dikatakan ”rasis” ?

v. Teresa Kok Naib Presiden DAP boleh mengetuai satu petisyen penduduk Puchong kepada Dato Satim Diman meminta azan Subuh diperlahankan kerana mengganggu ketenteraman awam. Sedikit masa dulu Dr Tan Seng Giaw membawa perkara sama di parlimen. Apakah ini bukan tindakan ”rasis” ?


vi. Na Mawe seorang pelajar Malaysia berketurunan Cina di Taiwan yang mengina lagu Negaraku dan Orang Islam telah dibela oleh pemimpin Cina seperti MCA sebagai tindakan seorang budak yang tidak matang dan tidak sengaja. Apakah ini bukan tindakan ”rasis”?

vii. Tindakan sebilangan bukan Melayu yang menganjurkan forum yang membincangkan Hak Keistimewaan Orang Melayu dan Forum Memeluk Islam yang cuba mempertikaikan kedudukan mahkamah syariah (Artikel 121 (1A) dalam perlembagaan. Tidakkah ini juga tindakan ”rasis”?.

viii Apakah tindakan seorang pemimpin kanan MCA yang telah menyakitkan hati orang melayu dengan mempersoalkan Ketuanan Melayu sebagai tindakan memperhambakan orang
bukan Melayu bukan sesuatu yang sensitif dan perlu mereka menuntut maaf.


Hari ini sikap setiakawan rakan-rakan bukan Melayu dalam BN mula teruji. Dalam keadaan UMNO memerlukan sokongan padu rakan-rakan, mereka mula mencari pasal , ugut, ungkit dan ancam untuk meninggalkan untuk lari. Ketawa besarlah Anwar Ibrahim dan berkenduri sakanlah Yahudi dan Amerika. Wanangseri teringat lagu lama
”TEMAN KETAWA SENANG DIDAPAT, TEMAN MENAGIS SUKAR DICARI, HAHA!, HAHA! KETAWALAH LAGI”

Jumaat, 8 Ogos 2008

MAJLIS PEGUAM TERUS HINA ISLAM


Majlis Peguam terus biadap tanpa menghiraukan sensitiviti Masyarakat Melayu dan Islam di negara ini. Selepas mengadakan forum mengenai Kontrak Sosial yang mempersoalkan Artikel 153 Kedudukan Istimewa Orang Melayu dan Kaum Pribumi, pada 9hb Ogos 2008 mereka mengadakan pula forum ” Memeluk Islam” yang bakal mempertikaikan Artikel 121 (1A) yang menegaskan bahawa Mahkamah Sivil tidak boleh meliputi bidang kuasa mahkamah syariah.

Sebenarnya ini merupakan usaha berterusan pihak yang menggelarkan mereka adalah pejuang keadilan dan kesamarataan yang mendakwa wujudnya pencabulan hak asasi , kebebasan bersuara dan beragama di negara ini. Inilah harga mahal yang perlu dibayarkan oleh Orang Melayu dan Orang Islam Malaysia akibat dari sengketa sesama sendiri yang memperlihatkan harga diri dan maruah Melayu dan Islam terus diperlekehkan. Benarlah kata-kata orang tua kita dulu ”Bila pokok mula condong kura-kura pun mampu memanjat.”

Kesinambungan dari Kes Allahyarham Muhammad b. Abdullah @ M.Moorthy pendaki Everest yang telah disahkan oleh mahkamah sebagai seorang Muslim membawa kepada 10 Menteri Kabinet Bukan Islam yang menghantar memoradum kepada PM minta dimansuhkan Artikel 121 (1A) dari perlembagaan negara. Diikuti dengan tuntutan menubuhkan satu badan ala badan berkanun iaitu IFC (Interfaiht Commission) yang membawa implikasi Agama Islam boleh dicorakkan oleh agama lain. Begitulah dengan tuntutan HIDRAF (Hindu Right Action Force) dan beberapa percubaan yang ingin menafikan kedudukan orang Melayu sebagai teras pemerintahan dan Islam sebagai agama bagi Persekutuan Malaysia. Ini semua didalangi oleh kelompok yang menduduki Majlis Peguam atau sealiran dengannya.

Mengapa mereka sudah terlalu berani? Jawapannya kerana Kerajaan BN yang memerintah hari ini tak kuat lagi. Orang Melayu dan Islam (UMNO) sudah dilihat sudah tidak bertaring dalam kerajaan yang tanpa 2/3 majoriti di Parlimen. Tak mungkin mereka sebagai pengawal undang-undang tidak menyedari adanya Artikel 10 (4) di Fasal (2) (a) yang menyatakan bahawa Parlimen boleh meluluskan undang-undang melarang perbuatan mempersoalkan perkara-perkara yang berkaitan dengan hak, taraf , kedudukan istimewa Orang Melayu dan Bumiputra yang dilindungi oleh peruntukan-peruntukan Bahagian 3 Kewarganegaraan, Artikel 152, 153 ,181 dan 182 Perlembagaan Persekutuan berhubung dengan apa-apa perkara jua. . Malah Artikel 159 (5) menegaskan ianya tidak boleh disentuh walaupun dengan persetujuan 2/3 majoriti di Parlimen tanpa persetujuan Majlis Raja-Raja Melayu.

Mahkamah Syariah yang disebut oleh Artikel 121 (1A) adalah perkara yang berkaitan langsung dengan Islam yang merupakan bidang kuasa Raja-Raja Melayu sebagai Ketua Agama Islam di negeri masing-masing dan Yang Dipertuan Agong selaku Ketua Agama Islam di negeri yang tidak beraja. Sudah mestilah sebarang perkara yang menyinggung Islam mesti mendapat persetujuan Raja-Raja Melayu atau Majlis Raja-Raja Melayu.

Perlembagaan Negara dengan tegasnya menyatakan adalah menjadi kesalahan kepada siapa termasuk Ahli Parlimen ketika perdebatan Parlimen mempertikaikan kewajaran hak-hak yang amat sensitif kepada orang melayu. Kalau Ahli Parlimen yang kebal di Parlimen boleh didakwa jika mempersoalkan perkara ini maka apalah istimewanya Majlis Peguam dan kuncu-kuncunya untuk terus berdebat dan berforum mempersoalkan Hak-Hak Istimewa Orang Melayu dan Kedudukan Islam sebagai Agama Persekutuan.

Wanangseri menyeru kerajaan bertindak tegas kepada golongan yang sebenarnya telah menjejaskan keharmonian hidup rakyat pelbagai kaum dan budaya negara ini. Gunalah segala peruntukan undang-undang yang ada seperti Akta Hasutan ataupun ISA. Apa guna senjata kalau hanya untuk hiasan sedangkan musuh sudah memakan tanaman . Jangan tunggu ”CEMPEDAK MENJADI NANGKA” NASI MENJADI BUBUR ” TELUNJUK MEJOLOK MATA.”

Jumaat, 1 Ogos 2008

BERASMARA DANA PAS & DAP

Hasrat untuk melihat UMNO dan PAS bertaut kembali masih belum kesampaian. Setelah 5 jam berbincang Mesyuarat Jawatankuasa Kerja Pas Pusat dan mesyuarat Majlis Syura Ulama Pas telah membuat pendirian menolak sebarang kerjasama dengan UMNO.

Banyaklah baik buruk yang telah dikaji dalam mesyuarat itu, makanya PAS merasakan lebih selesa untuk berdakap dan berasmara dana dengan DAP. Tak taulah apa yang ada dalam benak fikiran pemimpin tertinggi PAS tapi yang pastinya YB PAS terus menjadi MB di Perak dan Kedah walaupun tanpa terpaksa menyerahkan diri bagi disokong oleh mereka yang tidak menyukai Melayu.

PAS mungkin takut kedudukan mereka tergugat kalau bersama dengan UMNO kerana kita amat faham keranaYB PAS boleh menjadi YB adalah dengan pertolongan DAP jua. Kalau PAS bergabung UMNO di Perak bermakna suara 27 UMNO akan menenggelami 6 suara PAS dalam kerajaan Perak. Dengan kelebihan itu hasrat UMNO untuk menguasai kerajaanPerak bukan sesuatu yang sukar kerana dalam Undang-undang Tubuh Negeri Perak , MB mesti Melayu. Tetapi jika terus kekal dengan kerajaan campuran PAS, DAP dan PKR seperti sekarang , kerusi MB Perak akan terus disandang oleh PAS kerana kelebihan berada di tangan mereka lantaran mereka adalah Melayu.

UMNO pula mesti lebih bertolak ansur dengan PAS, kalau UMNO boleh memberi muka kepada MCA, GERAKAN, MIC dan PPP atas dasar kongsi kuasa, mengapa UMNO tidak boleh menggunakan konsep yang sama kepada PAS.

Namun Wanangseri tetap menaruh harapan asa dan terus berdoa, supaya pemimpin tertinggi PAS dan UMNO berlapang dada untuk melihat kebenaran dan persamaan bagi mencari jalan perdamaian demi masa depan Melayu yang semakin terhimpit dan tersepit. Wanangseri yakin PAS dan UMNO masih ingat pesanan orang tua " SEBUSUK-BUSUK DAGING, DIKINCAH-KINCAH DIMAKAN JUGA" MELAYU ADALAH DARAH DAGING KITA" Jatuh bangun, maju mundurnya sesuatu bangsa itu terletak di tangan bangsa itu sendiri.

Khamis, 31 Julai 2008

UMNO DAN PAS RUJUK SEMULA

Lega benar Wanangseri, bila 2 parti politik Melayu terbesar UMNO dan PAS bersetuju untuk bertemu demi kepentingan Islam dan umat Melayu di negara ini. Walau apa pun bentuk pertemuan itu samada "Muzakarah" "Muqabalah" "Musyarawah" "Perbincangan" atau lain-lain istilah ianya diharapkan menjadi titik permulaan mencari persamaan setelah terpisah dengan hanya mencari perbezaan selama ini.

Harapan setiap orang Melayu yang cinta kepada agama dan bangsanya amat tinggi supaya perpaduan Melayu menjadi kenyataan sekali ini. Pemimpin-pemimpin tertinggi kedua-dua parti UMNO dan PAS tidak boleh mengecewakan hasrat murni ini. Mereka hendaklah bertemu dengan niat yang tulus , jujur dan ikhlas bukannya mencari kelemahan demi masa depan anak cucu yang tidak boleh diperjudikan oleh perlakuan buruk kita hari ini. Janganlah terlalu banyak mengenakan syarat itu dan ini untuk menjalinkan penyatuan atau kerjasama kerana ini hanya akan merumitkan keadaan.

Cadangan Menteri Besar Kelantan Dato Nik Aziz supaya UMNO dan PAS dibubarkan perlu diberikan pertimbangan sewajarnya. Mungkin kepada mereka bernostogik memang sukar menerima hakikat ini tetapi ini bukanlah sesuatu yang baru berlaku dalam perjalanan politik tanah air. Parti Parikatan yang amat berjasa dalam memerdekakan negara telah dijenamakan semula pada 1974 sebagai Barisan Nasional (BN) dan ternyata ianya berjaya memberi impak yang baik kepada negara selama ini.

Jadi apa salahnya disatukan semula UMNO dan PAS dengan " brand yang baru" kalau itu satu-satunya jalan boleh menjamin kedudukan orang Melayu dan Islam terus terpelihara. Lagipun perjuangan UMNO dan PAS tidaklah terlalu jauh berbeza jika diamati perlembagaan kedua-dua parti itu. Maka pengabungan UMNO dan PAS dalam satu parti bukanlah sesuatu yang mustahil!

Sebagai langkah awal mungkin kerjasama ini boleh dijelmakan di negeri Perak. Ajakkan Dato Sri Tajol Rosli kepada PAS bagi membentuk kerajaan campuran baru di Perak boleh dijadikan asas untuk penyatuan yang lebih jauh lagi. Yakinlah bila Melayu kuat dan bersatupadu orang lain akan kembali menghormati kita tetapi bila kita lemah orang lain sudah tak hairan dengan kita lagi.

Wanangseri masih berpegang kepada peribahasa Melayu "CARIK-CARIK BULU AYAM AKHIRNYA AKAN BERCANTUM JUA" dan "AIR DICINCANG TAK AKAN PUTUS".

Jumaat, 18 Julai 2008

MASA TERBAIK UNTUK MEMPERBAIKI KELEMAHAN

Lama juga Wanangsari tak dapat menulis kerana ada urusan di luar pejabat sepanjang minggu ini. Banyak cerita-cerita terkini yang terlepas untuk diikuti. Namun sekalung tahniah pada Tok Shabery Cheek kerana sanggup berdepan untuk berdebat dengan jaguh pidato tersohor negara Tok Sri Anwar Ibrahim. Biarlah apa pun penilaian orang tetapi hakikatnya Tok Shabery merupakan Menteri Penerangan yang ingin melakukan perubahan bagi merombak pemikiran yang sering mendakwa kerajaan tidak mempunyai sikap terbuka terhadap suara-suara pembangkang.

Polis pun nampak mula lebih berlembut kali ini dengan membebaskan Tok Sri Anwar dengan jaminan polis walaupun kita tahu Tok Sri Anwar terlalu banyak muslihatnya. Insya Allah segala perubahannya diharapkan akan memberi impak yang baik kepada kerajaan.

Bermula semalam hingga 24 Ogos ini persaingan bagi memilih AJK cawangan UMNO di seluruh telah membuka gelanggangnya. Inilah masa yang terbaik untuk UMNO membuat pembetulan dan memperbaiki segala kelemahan yang berlaku selama ini sehingga keyakinan orang ramai terhadap BN yang diteraskan oleh UMNO begitu merosot lagi.

UMNO umpama rumah pusaka yang masih kukuh, terus menjadi teras kepada kerajaan BN ( 72 / (140 kerusi) yang masih memerintah walaupun bukan dengan 2/3 majorti. Namun tidak dinapikan memang terdapat kayu-kayu reput yang perlu diganti tetapi masih banyak juga kayu-kayu masih kukuh dan amat berharga yang perlu dikekalkan. Wanangseri yakin ahli UMNO cukup bijak untuk menilai mana yang perlu diganti dan mana perlu dikekalkan. Tapi ingat jangan diganti dengan yang 2 x 5 juga. Ini masa yang terbaik untuk membaiki kelemahan sebelum UMNO dan BN dihukum lebih teruk lagi di PRU 13 nanti.

Wanangseri masih yakin dalam ramai tokoh yang baik dan harus ditodibeberapa

Jumaat, 4 Julai 2008

PM TAK ADA KUASA PECAT TPM

Wanangseri kini berada di Alor Gajah Melayu bertemu dengan sekumpulan pegawai-pegawai kerajaan yang sedang berkursus di sana. Salah seorang peserta senior mendakwa dia keliru lalu menanyakan pendapat wanangsari tentang pemecatan Dato Sri Anwar oleh Perdana Menteri ketika sah atau tidak? Beliau mendakwa bahawa pelantikan itu tidak sah kerana lantikan jawatan menteri adalah dibawah kuasa Yang diPertuan Agong (YDPA) bukannya PM maka PM itu telah mendahului kuasa YDPA dan ianya tidak sah.

Sebenarnya Wanangseri malas benar nak melayan pertanyaan itu yang datangnya dari kalangan peserta senior yang menjadi barisan depan melaksanakan dasar-dasar kerajaan sepatutnya beliau cukup arif dengan amalan "sistem Demokrasi Raja Berlembagaan". Wanangseri tak dapat mentakrifkan maksudnya soal itu ditanya di waktu DSAI menghadapi krisis moral sekali lagi akibat dakwaan liwat oleh pembantunya itu.?

Namun untuk kepentingan semua terutama pegawai-pegawai yang belum diracuni pemikirannya tidak terus dikelurukan,biarlah wanangseri jelaskan. Menurut Perkara 43 (2) (b) menyatakan "atas nasihat Perdana Menteri, Yang di-Pertuan Agong hendaklah melantik Menteri-menteri lain dari antara ahli-ahli mana-mana Majlis Parlimen". Ini bermaksa kuasa melantik menteri atau anggota kabinet termasuklah Timbalan Perdana Menteri adalah hak mutlak PM dari mana-mana sama ada Ahli Rakyat atau Dewan Negara. YDPA mesti bertindak atas nasihat PM. Kalau PM ada kuasa melantik dia juga mesti ada kuasa memecat bagi memilih penganti yang sesuai dengannya. Itulah konsep "Raja Berpelembagaan" yang menjadi amalan Malaysia.

Sekadar untuk bertanya,apa sudah jadi kepada sesetengah pegawai kanan kerajaan yang bersikap demikian kerana perkara asas semacam inipun tidak dapat difahami. Atau mungkin seminar mahupun kursus yang diberikan oleh jabatan seperti kursus induksi dan lain-lain sudah tidak berkesan atau dibuat ala kadar sahaja. Atau memang banyak pegawai-pegawai kerajaan itu sendiri yang celaru dan dia sengaja buat-buat keliru.

Selasa, 1 Julai 2008

MELAYU DIBUNUH DI RUMAH SENDIRI

Orang Melayu terus dicabar, Hak Istimewa Orang Melayu terus dipertikaikan, Ketuanan Melayu terus dipersoal dan Raja-Raja Melayu terus diperlekehkan. Sedangkan semua perkara ini termaktub Perlembagaan Persekutuan dalam Perkara 38 ( 2b, 4 dan 5) yang menjadi bidang kuasa Majlis Raja-Raja yang merupakan tunjang perintahan Demokrasi Raja Berpelembagaan.

Sedih dengan sikap sesetengah Melayu terutama yang mendakwa mereka adalah PAKATAN RAKYAT tidak punya apa-apa perasaan dengan perhinaan itu . Mereka terus diam membisu membiarkan rakan-rakan pakatan politik mereka mengganyang Melayu dan Raja-Raja Melayu. Mungkin mereka jijik untuk mengaku sebagai Melayu walaupun itulah darah mereka atau mungkin mereka takut hilang rakan politik yang boleh ditumpang untuk berkuasa walaupun ianya terpaksa didirikannya di atas kematian kuasa Melayu itu sendiri.

Tindakan golongan penentang Ketuanan Melayu, Kontrak Sosial, Hak Istimewa Melayu (Bumiputera) Kedudukan Raja-Raja Melayu , Bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan dan Islam sebagai Agama Persekutuan sebenarnya mencabar perlembagaan negara sebagai undang-undang tertinggi di negara ini. Apa yang berlaku sekarang sekadar menyemarak semua api perkauman yang dihidupkan oleh DAP dan Gerakan dalam siri kempen Pilihanraya Umno 1969.

Perkara 10(4) dalam Perlembagaan Persekutuan melalui Pindaan 1971 yang berkuatkuasa pada 10 Mac 1971 telah memperuntukan Parlimen boleh meluluskan undang-undang melarang perbuatan mempersoalkan apa-apa perkara, hak, taraf, kedudukan, keistimewaan, kedaulatan yang ditetapkan atau yang dilindungi oleh peruntukan Bahagian 3, Perkara 152, 153 dan 182 berhubungan dengan apa-apa jua melainkan berhubung dengan perlaksanaannya sebagaimana yang dinyatakan dalam undang-undang itu

Oleh itu menjadi kesalahan kepada sesiapa termasuklah Ahli Parlimen walaupun ketika perdebatan Parlimen mempersoalkan Bahagian 111 Perlembangaan Persekutuan yang berkaitan Kewarganeraan, Perkara 152 berkenaan Bahasa Kebangsaan, Perkara 153 mengenai Hak Istimewa Orang Melayu terhadap rizab quota perkhidmatan, permit dan sebagainya untuk orang Melayu (Bumiputera) dan Perkara 182 berkenaan Mahkamah Khas berdasarkan prosiding terhadap Yang Dipertuan Agong dan Raja-raja.

Ketika kerajaan membawa perkara ini ke Dewan Rakyat ianya telah mendapat undi 2/3 ahli dewan termasuk pembangkang yang bersetuju dengan pindaan perlembagaan ini. Soalnya sekarang, mengapa ada pula pihak yang tidak menghormati undang-undang yang telah dipersetujui bersama . Mereka secara meluas membicarakan perkara ini secara terbuka malah berforum sesama mereka seperti yang dilakukan oleh Majlis Penguam kemarin. Seolah-olah, mereka sengaja meminta kerajaan mengambil tindakan undang-undang terhadap mereka.

Wanangseri tidak hairan dengan sikap sebilangan bukan Melayu yang bertindak mencabar Hak Istimewa Melayu dan Ketuanan Melayu kerana memang sikap anti Melayu dan tidak menghargai pengorbanan Melayu tidak pernah padam dalam sanubari mereka sejak dahulu lagi. Tapi amat memilukan bila ada orang Melayu sendiri yang turut bersungguh-sungguh menggali kubur untuk mengebumikan Ketuanan Melayu di tanah warisan ini. Melayu inilah nanti yang akan bersukaria bersama-sama rakan mereka mengusung jenazah perjuangan Melayu. Pilunya hati bila "MELAYU MATI DIBUNUH DI RUMAH SENDIRI" oleh pengkianatan dagang yang diberikan kemuliaan sebagai keluarga sendiri yang bersekongkol dengan anak sendiri yang derhaka.

Isnin, 30 Jun 2008

KE ARAH REPUBLIK RAKYAT MALAYSIA

Wanangseri sekali lagi rasa amat terhina apabila orang bukan Melayu terus mempersoalkan kedudukan istimewa orang Melayu dan bumiputera yang lain sebagai pribumi. Penganjuran Forum Kontrak Sosial oleh Majlis Peguam amat menghiris hati semua Melayu yang mempunyai harga diri sebagai satu bangsa maruah.

Nampak sangat majlis peguam yang rata-ratanya dipimpin oleh orang bukan Melayu tidak sensitif langsung terhadap orang Melayu yang telah banyak memberi ruang dan peluang kepada bukan Melayu turut sama berkongsi kuasa dan juga berkongsi nikmat di negara bernama Malaysia.

Hari ini orang Melayu sudah tidak boleh bercakap lagi tentang nasib bangsanya sendiri. Orang Melayu mesti meminta kebenaran bukan Melayu jika ingin membuat sesuatu pembangunan kepada bangsa Melayu. Orang Melayu seolah-olahnya sudah berada di negeri yang asing. Semua perkara bersabit dengan Melayu termasuk budaya dan agama orang Melayu mesti diperbahaskan bagi mendapat persetujuan bukan Melayu sebelum ianya menjadi sesuatu yang sah.

Mereka mendakwa Ketuanan Melayu dan sosial kontrak adalah sesuatu yang lapuk dan tidak revelan lagi buat masa ini. Sistem pemerintah beraja yang menjadi teras Ketuanan Melayu mesti tunduk kepada konsep Ketuanan Rakyat yang berteraskan sama rata dan sama rasa. Inilah menifestasi revolusi rakyat yang di perjuangkan oleh pihak komunis dan sosialis yang diterjemahkan kedalam DAP, PKR dan PAS melalui apa yang mereka namakan PAKATAN RAKYAT. Sesungguhnya Majlis Peguam adalah Ngo yang bertindak bagi pihak Pakatan Rakyat untuk menapikan Sistem Demokrasi Raja Berpelembagaan dengan menjadikan Malaysia sebuah negara Republik. Wanangseri amat bimbang anak cucu akan menjadi "MELAYU BERDAGANG DI NEGERI SENDIRI!"

Khamis, 26 Jun 2008

PARTI LEBIH PENTING DARI JAWATAN : ADNAN YAAKUB

Tok Nan MB Pahang telah mengumumkan tidak minat bertanding apa-apa jawatan dalam pemilihan pucuk pimpinan UMNO Disember ini. Sewajarnya tindakan Tok Nan ini menjadi signal kepada semua tokoh UMNO yang ingin berebut-rebut jawatan dalam pemilihan bahagian yang bakal diadakan Julai ini tidaklah terlalu ghairah untuk bertanding.

Ambil peringatan apa yang dikatakan Tok Nan bahawa tumpuan kita sekarang adalah untuk mengukuh dan mempertahankan parti agar rakyat tidak mengalihkan sokongan kepada parti lain. " Jawatan tak penting, yang penting adalah parti, tiada gunanya pemimpin berebut jawatan sedangkan parti dalam keadaan kurang baik, parti hura-hara, ada yang nak lompat parti dan ada yang nak buat undi terpercaya terhadap PM" ujur Tok Nan.

Wanangseri memang sokong penuh nasihat Tok Nan tu. Walaupun Tok Nan tak menyuarakan secara terus terang tetapi bolehlah ditafsirkan bahawa MB tidak begitu gemar anak-anak buahnya cabar mencabar dalam pemilihan bahagian itu nanti kerana ini boleh merosakkan parti. Sebagai pemimpin depan UMNO Pahang "BATUK TOK NAN" selaku ketua parti dan ketua kerajaan negeri harus difahami bukan sahaja secara tersurat tetapi juga secara tersirat.Ayuh!orang Pahang bersama-sama dengan "BOSS" kuatkan parti kalau benar-benar sayangkan negeri. Pegang teguh kepada prinsip BERORGANISASI DAN BERKETUAAN". Motto UMNO " BERSATU, BERKIDMAT DAN BERSETIA" kalau ini sudah hilang dari pegang orang UMNO maka pasti UMNO semakin hilang dihati rakyat?

Isnin, 23 Jun 2008

AZALI AZLAN LAMBANG PELAJAR LELAKI BOLEH

Semalam Wanangseri sempat ikut program "BICARA AZALI AZLAN" Duta Akademik GPMS . Azali merupakan pelajar cemerlang yang mendapat 20A1 dan 1A2 dalam SPM tahun lalu.

Ramai yang datang termasuk Cikgu Zahari Uda PPD Lipis dan cikgu-cikgunya yang tunggu sampai habis. YB Aman telah menyambut kedatangan Azali pagi-pagi lagi di SMK Padang Tengku. Tok Sofi pula bagi ucapan yang bersemangat sekali masa majlis merasmikan penutup program sebelah tengaharinya.

Wanangseri nampak semua pelajar yang hadir amat berminat dengan cara Azali menjawab pelbagai soalan yang dikemukakan oleh kurang 30 pelajar dari kira-kira 700 pelajar yang datang 13 buah sekolah di Daerah Lipis. Cikgu Zahari membisikkan pada saya ketrampilan dan kemahiran Azali melebihi umurnya yang baru saja lepas SPM itu. Tak hairanlah semua yang berucap di majlis penutup dari Pengerusi GPMS, Tuan PPD dan Tok Sofi amat bersemangat dituruti oleh pelajar-pelajar serta guru-guru juga amat merasakan Bicara Azali sesuatu yang amat berguna.

Antara perkara yang disentuh Azali yang pada pandangan Wanangseri amat perlu diberi perhatian :
i. Setiap kita mesti mempunyai matlamat yang hidup dan bercita-cita tetapi bukan matlamat yang mati malah mesti sentiasa hidup sepanjang masa. Matlamat yang mati ialah matlamat yang tidak disusuli oleh usaha yang bersungguh-sungguh dan berterusan.
ii. Setiap kita mesti menjaga hubungan baik dengan Allah, sempurnakan tuntutan Ibadat wajib, solat sunat, solat dhuha, sentiasa berpuasa dan berdoa. Doa orang berpuasa amat dimakbulkan Allah.
iii. Setiap perbuatan kita mesti menyukakan ibubapa, jangan membuat mereka terasa hati dengan kita. Bagi yang duduk di asrama selalu telepon ibubapa tanya khabar mereka dan minta doa mereka setiap kali menghadapi ujian. Keredhaan Allah ditentukan oleh sejauh mana keredhaan ibubapa terhadap kita.
iv. Selalu bertanya guru, hormat mereka seperti juga kita menghormati ibubapa. Di asrama dan sekolah mereka penganti ibubapa kita. Dapatkan keredaan guru supaya ilmu yang di pelajari berkat.
v. Jangan ketekut berkongsi ilmu dengan kawan-kawan. Kalau kita ada kelebihan bantu mereka yang lemah tetapi juga jangan malu meminta bantuan kawan-kawan walaupun mereka berada di kelas-kelas bawah.

Sekadar sedikit apa yang wanangseri petik dari ucapan Azali. Sesungguhnya adalah Azali seorang pelajar seharus menjadi contoh kepada semua pelajar-pelajar Melayu. Ia bukan saja petah dalam Bahasa Melayu dan Inggeris tetapi dapat membawakan ayat-ayat Quran dengan baik sekali. Memandang wajah Azali, wanangseri terasa sejuk sekali, cakapnya teratur, tingkahlaknya sopan, air mukanya jernih dan dia tidak bercakap banyak tetapi sentiasa pula tersenyum.

Inilah Azali Duta Akademik GPMS 2008. Semoga usaha GPMS, Yayasan Pelajaran Mara dan pihak-pihak berkaitan seperti Kementerian Pelajaran ini akan berterus demi meningkatkan martabat Melayu melalui agenda pendidikan akan terus mendapat keredaan Allah. Kita mahu bakat yang pada Azali tidak terhakis oleh peredaran masa tetapi akan muncul pula lebih ramai Azali dimasa-masa akan datang bagi membuktikan pelajar lelaki sebenarnya berupaya bersaing bersama-sama pelajar perempuan untuk menjadi MELAYU TERBILANG BERTARAF DUNIA.